Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 9, 2016

Benarkah Umno di Sabah rebah?

Shafie keluar parti, Umno rebah di Sabah?
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI  -  8 JULAI 2016
Mohd Shafie Apdal

SHAH ALAM - Pengunduran bekas Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Apdal daripada Umno didakwa sedikit sebanyak menjejaskan parti Melayu itu.

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, namun keadaanya masih terkawal kerana Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman telah berusaha untuk meminimakan impak  terhadap Umno.

"Setakat ini masalah hanya di Semporna, jadi ia masih terkawal di Sabah, kerana Musa Aman setakat ini dilihat dapat mengawal bahagian Umno yang lain," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Sebelum itu pada empat Julai lalu, Shafie telah mengumumkan bahawa beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada Umno.

[ARTIKEL BERKAITAN: Shafie umum keluar Umno]

Jelas Shafie, walaupun  telah keluar dari Umno, beliau akan tetap meneruskan perjuangan di Sabah demi rakyat di negeri itu yang telah memilihnya sebagai wakil rakyat.

“Perjuangan kita akan diteruskan di bumi Sabah ini. Perjuangan kita akan diteruskan di Sabah dan di Semenanjung untuk membela bangsa dan negara.

"Saya mohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan saya, salah laku saya selama saya memimpin Umno ini," katanya ketika berucap dalam program Rakyat Bersama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pada 24 Jun lalu, Majlis Tertinggi Umno (MT) memutuskan agar bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir‎ dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta manakala Shafie pula digantung dari jawatannya.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu turut berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh MT Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa