Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 5, 2016

Dah jadi semakin menggila! - Masjid Nabawi digegar bom

Letupan kedengaran di luar Masjid Nabawi, Madinah - Laporan
Agensi |  Diterbitkan pada Julai 05, 2016 01:50 MYT
RIYADH: Satu letupan dipercayai angkara pengebom bunuh diri dilaporkan berlaku di luar perkarangan Masid Nabawi di Madinah Arab Saudi pada Isnin (waktu tempatan), lapor media tempatan negara itu.

Saluran Al-Arabiya turut memaparkan beberapa imej yang antara lain menunjukkan kebakaran di kawasan tempat letak kereta dan tubuh seseorang berhampiran tempat letupan

Sebelum itu pada awal Isnin, dua pengebom bunuh diri meletupkan diri mereka di sebuah masjid di Qatif, kawasan persisiran pantai yang dikuasai pengikut Syiah.

Satu lagi kejadian letupan bom bunuh diri turut berlaku Isnin berhampiran konsulat Amerika Syarikat di Jeddah, mencedera dua anggota keselamatan.

1 comment:

  1. Jangan percaya puak kuffar
    Jangan ambik tugas hantar barang , hantar kenderaan dsbg jika tak benar2 tahu apa isi kandungan barang yg nak dihantar
    Mustahil manusia berugama islam dengan sengaja melakukan bunuh diri secara itu kecuali mereka2 itu sangat berkemungkinan besar adalàh petugas2 penghantaran barang atau mereka yg terpedaya dengan janji2 yg menguntungkan tanpa mereka sadari bahawa mereka adalah mangsa yg diletupkan dengan kawalan jauh sesudah mereka berada dilokasi sasaran mereka yang mengarahkan penghantaran tersebut
    Susah ke nak faham apa yg aku tulis tu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa