PAS - PRU 14 adalah parti penampan UMNO
Berdasarkan perkembangan semasa khususnya dalam kontek realiti PRU 14, pertandingan tiga penjuru, sesuatu yang sememangnya akan berlaku. PAS tidak akan bersedia untuk bergabung dalam PH. Sebaliknya PAS akan dijadikan parti "penampan" kepada UMNO-BN, bermakna PAS akan menyertai PRU 14 atas sifat pemecah undi, berperanan untuk menarik penyokong tegar daripada lari kepada parti-parti lain, khususnya PH, bagi memastikan kemenangan UMNO.
Hakikatnya PAS tidak akan menyertai BN sebaliknya akan berperanan seolah-olah "menentang" BN, namun tidak bermusuhan dengan UMNO. Ini sejajar dengan pengisytiharan UMNO bahawa PAS bukan lagi musuh UMNO. PAS dengan agenda taawun (bererti tolong menolong) akan bersikap mesra UMNO. Ini bermakna kerjasama PAS-UMNO akan berlaku secara tersirat.
UMNO dan media arus perdana tidak akan menyerang PAS, sebaliknya PAS akan diberi ruang dan peluang di media perdana untuk menyerang PH. Tujuan utama adalah untuk menonjolkan apa yang dislogankan oleh PAS hari ini, iaitu memperjuangkan politik matang. Politik matang bagi PAS, apabila mereka tidak lagi mempersoalkan akan integriti, salah guna kuasa, penindasan, penyelewengan dan kebobrokan dalam urus tadbir yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO.
Atas hakikat inilah PAS boleh menafikan isu 2.6 billion dan 1MDB umpamanya dengan anggapan ia lebih bercorak pentadbiran yang boleh diselesaikan. PAS hari ini wujud atas landasan Nasionalisme Melayu Islam (walau pun PAS mengatakan bahawa mereka adalah parti Islam). Pemikiran PAS hari ini lebih berfokus kepada kepercayaan, "seburuk-buruk UMNO, zalimnya UMNO namun UMNO tetap Melayu dan Islam, sebaik-baik DAP, namun DAP tetap kafir, haram bersekongkol dengan kafir untuk menjatuhkan Islam", inilah sentimen yang akan disebarkan oleh PAS.
PAS akan menyertai PRU 14 dengan komitmen untuk mencari redha Allah, bermakna bukan berfokuskan untuk mendapatkan "kemenangan bagi mencapai redha Allah". Ini bermakna, sasaran PAS adalah untuk menentukan UMNO beroleh kemenangan, oleh itu mencipta pertandingan berbentuk tiga penjuru, sebagai strategi membina polarisasi pengundian akan menyebabkan berlakunya perpecahan undi di samping akan mengeliru pengundi. Dalam situasi ini, PAS tentunya secara tidak langsung akan membantu kepada kemenangan UMNO.
Berdasarkan keadaan ini, walau pun PAS akan kehilangan banyak kerusi, sama ada di Parlimen atau pun di Dewan Undangan Negeri, namun beberapa orang daripada ahli PAS yang berkemungkinan akan memenangi kerusi Parlimen akan diberikan jawatan menganggotai kabinet. Manakala kerusi Senator akan diagihkan kepada beberapa individu PAS sebagai imbalan tethadap peranan PAS. Berdasarkan realiti ini, maka usaha untuk membentuk "Unity Goverment" sebagaimana yang dihasrat PAS akan terlaksana. - Kamarudin Musa

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa