Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 1, 2016

Ini kerja jahat bukan Jihad!

AS kutuk serangan, nyata sokongan kepada Turki
Agensi |  Diterbitkan pada Jun 29, 2016 13:17 MYT
AS menyifatkan serangan berkenaan sebagai perbuatan terkutuk. - Foto AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat pada Selasa mengutuk serangan bom dan senjata di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk di Istanbul yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh.

AS menyifatkan serangan berkenaan sebagai ‘perbuatan terkutuk’ dan akan berikrar memberikan sokongan ke atas Turki.

“Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, menjadi sasaran yang sama seperti Lapangan Terbang Brussels dalam serangan pada awal tahun ini.

"Ia satu simbol hubungan antarabangsa yang menyatukan kita bersama,” tegas jurucakap White House, Josh Earnest dalam satu kenyataan.

“AS akan berdiri teguh menyokong Turki, sebagai sekutu dalam NATO dan rakan kerjasama dengan negara dan sekutu lain seluruh dunia untuk terus berjuang membanteras keganasan," tambah beliau.

LAPOR LANGSUNGSerangan bom lapangan terbang Istanbul

BACASerangan Turki: Apa yang diketahui setakat ini

FOTOSerangan berdarah di lapangan terbang Ataturk Istanbul

Jurucakap Jabatan Negeri, Mark Toner memberitahu ia satu-satunya serangan terbaharu dalam siri serangan maut dan menyasarkan orang awam yang tidak berdosa.

“Serangan seperti ini, akan mengukuhkan lagi keazaman untuk AS bekerjasama dengan Turki menentang musuh nombor satu itu, dalam menyokong masyarakat di rantau ini yang memperjuangkan keamanan dan kedamaian sejagat,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Hillary Clinton, yang disebut sebagai calon Presiden Demokratik, berkata dalam satu kenyataan bahawa semua rakyat AS bersatu dengan rakyat Turki dalam kempen kebencian terhadap keganasan.

“Serangan hari ini di Istanbul hanya menguatkan lagi tekad kami untuk menghapuskan kuasa-kuasa keganasan dan perjuangan jihad radikal di seluruh dunia, selain mengingatkan bahawa AS tidak akan berdiam diri," tegas beliau.

Pencabarnya, Donald Trump pula berkata, ancaman keganasan “tidak pernah lebih besar.”
“Kami harus mengambil langkah melindungi AS daripada pengganas dan melakukan segala-galanya daripada kekuatan kami dalam meningkatkan keselamatan kami bagi menjaga AS,” kata calon Presiden AS ini dalam satu kenyataan.

Susulan insiden ini, lapor media AS, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan FIA mengeluarkan larangan terbang kepada penerbangan AS – Turki.

Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey – yang menyelia infrastruktur pengangkutan – berkata ia telah menambah kekerapan rondaan – jarak penglihatan yang tinggi serta dilengkapi dengan senjata taktikal di Kennedy, LaGuardia, dan Lapangan Terbang Newark Liberty.

"Agensi itu terus memantau keadaan di Turki dan bekerjasama dengan rakan kongsi penguatkuasaan undang-undang persekutuan, negeri dan tempatan untuk memasukkan Pihak Tugas Khas Bersama Keganasan FBI," kata agensi itu dalam satu kenyataan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa