Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 1, 2016

Kalau rakyat percayakan tindakan kerajaan Najib, nape kepohkan WSJ?

WSJ manipulasi berita penangkapan Guan Eng - Salleh Said
Bernama |  Jun 30, 2016 23:29 MYT
WSJ manipulasi berita penangkapan Guan Eng - Salleh Said
SALLEH SAID: Cara WSJ menyampaikan laporan itu adalah seolah-olah keseluruhan isu itu ialah mengenai 1MDB dan Najib dan bukan kerana rasuah. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Berikut ialah kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mengenai artikel Wall Street Journal (WSJ), "Critic of Malaysia's Najib Arrested on Corruption Charges" yang disiarkan hari ini:

""Hari ini, The Wall Street Journal (WSJ) berkata: Pengkritik Najib telah ditangkap atas Pertuduhan Rasuah."

WSJ sebenarnya melaporkan mengenai penangkapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana rasuah tetapi cara ia menyampaikan tajuk berita memberi tanggapan bahawa Guan Eng ditangkap kerana mengkritik dan bukan kerana rasuah.

Perenggan pertama laporan itu ialah: Seorang ahli politik pembangkang Malaysia yang mengkritik pengendalian dana pelaburan negara 1Malaysia oleh Perdana Menteri telah didakwa terhadap pertuduhan rasuah atas peranannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Jadi, sekali lagi, ia mempengaruhi atau menggambarkan dalam fikiran pembaca bahawa penangkapan Guan Eng ialah kerana kritikan beliau terhadap pengendalian Perdana Menteri berhubung 1MDB.

WSJ kemudian berkata: Pada Mei, kerajaan Pulau Pinang membekukan pembelian tanah seluas 234 ekar di negeri itu oleh 1Malaysia Development Bhd sehingga, Encik Lim berkata ketika itu, dana menguruskan hal-ehwalnya dengan "akauntabiliti dan ketelusan."

Cara WSJ menyampaikan laporan itu adalah seolah-olah keseluruhan isu itu ialah mengenai 1MDB dan Najib dan bukan kerana rasuah. Dan ini adalah agensi berita yang disebutkan oleh pembangkang sebagai untuk dipercayai, sangat profesional, tidak mempunyai agenda tersembunyi, tidak menyasarkan Najib, dan sebagainya.

Seorang yang mempunyai kecerdikan yang terhad pun dapat melihat bahawa WSJ ialah bertentangan semua itu dan bahawa ia terlibat dalam kempen menentang Perdana Menteri dan kemungkinan terhadap Malaysia.
Tetapi ada ramai yang masih percaya bahawa WSJ hanya cuba untuk mendedahkan kebenaran dan tiada membabitkan unsur berniat jahat."

1 comment:

  1. Kalau tuduhan terhadap Najib tak benar kenapa peguam negara yang menjadi hakimnya.... biarlah hakim sebenar yang membuat kerjanya.

    Pengecut kerana salah, kebenaran menimbulkan keberanian.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa