Halau wartawan dari rumah terbuka PM mendukacitakan, kata Amanah
07 Julai 2016 | BORHAN AHMAD
Jurukamera Malaysiakini dihalau dari rumah terbuka Najib
Tindakan menghalau wartawan Malaysiakini yang datang untuk meraikan rumah terbuka dan membuat liputan majlis rumah terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam amat mendukacitakan.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad berkata, tindakan ini amat mendukacitakan di hari yang mulia ini.
"Ketika kita semua mahu meraikan hari raya, tindakan menghalau pengamal media yang mahu meraikan dan membuat liputan amat mendukacitakan," kata Khalid kepada Malaysia Dateline.
"Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku di hari mulia ini," tambah ahli parlimen Shah Alam itu.
Jurukamera Malaysiakini yang membuat liputan majlis rumah terbuka Perdana Menteri dihalau oleh pihak keselamatan ketika membuat rakaman video Perdana Menteri sedang bersalam dengan orang ramai yang berkunjung ke majlis beliau.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendakwa, Perdana Menteri dan pimpinan negara yang lain antara sasaran serangan militan IS di negara ini.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa