Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Tuesday, July 12, 2016

Melayu...ooo Melayu......rupa soal dedak yang belum tentu hujung pangkalnya lebih penting dari kehilangan berbilion RM!

# baca nih: THE DUMB PEOPLE

Kecoh penunjuk perasaan himpun depan pejabat DAP

  | July 12, 2016
Sekumpulan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan berhimpun menyatakan bantahan terhadap kenyataan Nga Kor Ming yang didakwanya kurang ajar terhadap Islam.
VIDEO INSIDE
razlan-umno
KUALA LUMPUR : Kira-kira 200 penunjuk perasaan berhimpun di depan ibu pejabat DAP di sini, hari ini untuk menyatakan protes terhadap wakil rakyat DAP Nga Kor Ming susulan kenyataannya yang didakwa biadab, dan berunsur provokasi.
Penunjuk perasaan yang kebanyakannya berbaju merah berarak sejauh satu 1km dari Ibu Pejabat Umno Cheras sambil menyanyikan lagu ‘Inilah Barisan Kita’ dan membawa plakad tertera ‘penghina Islam harus dihukum’ dan ‘DAP rasis’.
Kekecohan berlaku apabila sebaik tiba di depan ibu pejabat DAP, kira-kira 30 anggota polis membuat sekatan dan tidak membenarkan mereka masuk.
Berlaku tolak menolak antara polis dan peserta perhimpunan itu, malah ada yang membakar mercun.
Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata Kor Ming diberi tempoh hingga akhir bulan Syawal untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini kerana kenyataannya yang kurang ajar, biadab, tidak bertanggungjawab dan berunsur provokasi.
“Apa yang Kor Ming buat menghasut semua datang ke sini berkumpul untuk merusuh,” katanya.
Susulan kekecohan itu, polis hanya membenarkan sekumpulan kecil pimpinan perhimpunan berkenaan masuk bertemu wakil DAP, Chu Yoon Ming bagi menyerahkan memorandum.
“Kami berjaya menyampaikan niat kami untuk menunjukkan kami terus bersatu dan membantah. Jangan main-main dengan kami,” katanya kepada pemberita di sini hari ini

2 comments:

  1. Bodoh +bangang pemakan dedak ni...ketaea Najib dan Rosmah tengok peliharaan mereka ni...

    ReplyDelete
  2. dalam kes ini tak minat "empat saksi"

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa