Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 12, 2016

MP Pembangkang pun tak boleh dipersoal juga!

# dah disoalkan, barikan jer penjelasan
   ape hal nak saman menyaman pula?

 Kalau dah penjelasan diberikan dengan bukti, dan persoalan itu berlanjutan maka bolehlah  diistilahkan fitnah!

Zuraida akui miliki tujuh buah kereta
12 Julai 2016 | MALAYSIA DATELINE
Zuraida Kamaruddin

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mengaku memiliki tujuh kereta dan sebuah motosikal yang didaftarkan namanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Ampang itu menyangkal dakwaan beliau menggunakan semua kenderaan itu.

Katanya, daripada tujuh kereta itu, hanya satu untuk kegunaan hariannya, tiga lagi bagi tujuan parti dan selebihnya digunakan ahli keluarga seperti dilapor Malaysiagazette.

"Saya guna satu (kereta) sahaja, tiga lagi ahli keluarga saya yang guna dan baki tiga buah kereta lagi digunakan khas untuk parti.

"Semua kereta itu bukan saya yang bayar bulanan, ada ahli keluarga yang tolong bayar sebab mereka guna," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas pemimpin PKR yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, mempersoalkan pemilikan kenderaan dalam jumlah agak luar biasa oleh Zuraida.

Justeru, beliau menggesa Ahli Parlimen Ampang itu tampil membuat penjelasan.

Menurut Zuraida, beliau akan mendapatkan nasihat peguam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang mempersoalkan pemilikan tujuh buah kereta itu. 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa