Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 9, 2016

Nak siasat? Saman pun tak berani!

Siasat SR bagaimana peroleh Laporan 1MDB, kata Salleh
08 Julai 2016 | BERNAMA
Datuk Seri Dr Salleh Syed Keruak

Polis harus segera menyiasat bagaimana Sarawak Report (SR), laman web yang berpangkalan di London, memperoleh sebahagian daripada kandungan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata siasatan itu harus dilakukan dengan kadar segera bagi memastikan ketirisan dokumen rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) tidak berleluasa, kerana ia boleh menjejaskan keselamatan negara.

"Beberapa dokumen kerajaan adalah ditakrifkan sebagai dokumen rahsia di mana ia diletak bawah OSA. Adanya akta seperti ini adalah untuk memastikan keselamatan negara.

"Laporan bahawa Sarawak Report mempunyai dokumen yang dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi patut disiasat oleh polis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Salleh berkata sekiranya dikenal pasti sumber ketirisan tersebut, individu yang terlibat dan organisasi yang bersekongkol boleh dikenakan tindakan mahkamah.

Tanpa tindakan yang sewajarnya, integriti dan kedaulatan negara boleh tercabar, katanya.

Semalam Malaysiakini melaporkan bahawa Sarawak Report telah menyiarkan sebahagian daripada kandungan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB

# bukankah lebih baik diam, dari ditertawakan? 
   Kan lebih baik siasat secara diam dan laporkan hanya bila siasatan selesai.
   Ini tidak, mulut jer luas!

2 comments:

  1. Jgn siasat siapa bocorkan laporan Ketua Audit tp siasat apa kata Ketua Audit ttg 1MDB. Perangai bangsat betul Salleh ni.

    ReplyDelete
  2. Ni zaman, IT, CIA punya maklumat pun boleh bocor. Inikan Malaysia punya. Kenapa nak siasat sgt mcm mana bocor,siasatlah apa yang yg terbocor. Apa, berapa banyak, untuk siapa? 3 soalan asas, dalam subjek ekonomi asas, pengenalan dlm tingkatan 4.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa