Posted on Saturday, July 02 @ 07:12:10 MYT by paktam
Sementara United Kingdom melalui peristiwa Brexit, dengan referendum untuk keluar dari Kesatuan Eropah, kita di Malaysia juga tidak ketinggalan.
Umno telah berterusan melakukan "Umno-exit" sendiri dengan penyingkiran beberapa pemimpin-pemimpin Umno atas beberapa alasan-alasan
Dan ada yang sendiri meninggalkan parti. Umno dalam setengah abad yang lalu telah mengalami pelbagai peristiwa dan gegaran.
Setiap peristiwa secara berterusan telah menghakis kekuatan dan ketahanan parti, terutama dengan semakin ramai anak-anak muda yang tidak kenal dengan perjuangan Umno di masa lalu.
Pasti Umno tidak boleh hanya bersandar kepada sentimen perjuangan lama kerana suasana politik, sosial dan ekonomi memerlukan strategi serta penekanan-penekanan yang berbeza.
Namun kita tidak boleh lari dari hakikat bahawa perpaduan, pada mana jua zaman dan era, adalah kunci kepada kejayaan parti seterusnya.
Dan perpaduan tersebut akan pasti terjejas apabila terdapat perpecahan parti mengikut kelompok dan kumpulan, serta antara "orang saya" dan "orang dia", serta "orang kita" dan "orang mereka".
Dan apabila kepelbagaian pendapat tidak dapat diterima, dan dianggap sebagai "tentangan". Sekarang nyata sudah berlaku "peperangan terbuka".
Segala kain kotor dikirai kepada awam. Kata-kata kesat dikeluarkan. Dendam mendendam sudah menjadi asas.
Setiap pemimpin mencuba sedaya upaya untuk menunjukkan pemimpin yang satu lagi betul-betul hodoh dan buruk.
Masing-masing menconteng arang ke muka antara satu dengan yang lain hingga setiap yang terlibat nampak begitu buruk dah hodoh kepada awam.
Pasti ramai yang beranggapan bahawa tiada seorang pun pemimpin "yang betul" dan menganggap "semuanya tak boleh pakai" oleh kerana pemimpin-pemimpin sendiri yang mencaci dan memburukkan sesama sendiri!
Politik telah menjadi peribadi atau personal. Adakah ini matlamat perbalahan antara pemimpin-pemimpin dalam Umno?
Mengapa dibiar dendam dan sakit hati menjadi pendorong tindakan? Di mana letaknya pegangan dan komitmen kepada cogan kata Umno "bersatu, bersetia, berkhidmat”, apabila yang sebenarnya berlaku ialah berbalah, berdendam dan berpecah-belah?
Umno pernah diharamkan. Orang-orang Umno telah menubuhkan parti-parti politik sendiri dan menentang Umno.
Mengapa dibiarkan permusuhan menular dalam parti sehingga kawan jadi lawan dan lawan dibawa tidur sebantal?
Tidakkah kita belajar daripada masa lepas, dari peristiwa-peristiwa pahit yang telah banyak menjejaskan parti?
Menjelang Syawal ini, wajar kita renungkan bersama ke mana arah haluan parti. Kita tidak memupuk kekuatan jika tidak ada perpaduan sebenarnya.
Perpaduan bukan bererti menjerit-jerit slogan, berpeluk-pelukan atau mencium-cium tangan atau
“photo opp” dan kenyataan-kenyataan yang "mencerminkan" yang "semua OK"!
Anak-anak muda ada opsyen dan pilihan lain.
Sepatutnya kita yang telah lama dalam Umno, menunjukkan contoh-contoh kepimpinan yang baik, supaya anak-anak muda menjadi penokok tambah kepada kekuatan Umno.
Sememangnya masih ada isu-isu dan masalah yang perlu diselesaikan supaya tidak terus terjejas kredibiliti kepimpinan parti dan kerajaan.
Yang betul tetap betul. Yang salah tetap salah. Tetapi penyelesaian tidak akan diperoleh dengan cara perbalahan dan dendam peribadi. Ia hanya mengeruh dan mengusutkan keadaan.
Fokus kepada isu, bukan peribadi. Kesetiaan mestilah kepada parti, bukan kepada mana-mana indeividu kerana individu datang dan pergi.
Sudah ramai yang telah pergi meninggalkan segala gelaran, harta dan pangkat serta kuasa tetapi parti mesti kekal.
Hentikanlah perbalahan, carilah jalan penyatuan.
Pemimpin-pemimpin masa lalu juga berselisih faham, tetapi seperti air yang di cincang tidak akan putus.
Jangan dibiarkan masalah-masalah yang menular itu menyebabkan ahli-ahli sendiri kecewa, apatah lagi orang-orang Melayu.
Umno sebagai parti tidak bersalah. Manusia dan gelagatnya yang mencemar nama baik Umno dengan tindak-tanduk yang tidak selari dengan semangat perjuangan sebenarnya.
Jangan kerana manusia, Umno dipersalahkan.
Berperang sesama sendiri, didorong oleh dendam dan mungkin juga ego merugikan parti.
Di samping menambah dosa dan memburukkan diri masing-masing pada khalayak ramai, pasti di Syawal ini ramai yang perlu memohon ampun maaf antara sesama sendiri.
Sama-samalah kita ingat apa kata orang tua-tua, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Dan berpesan juga orang-orang tua, jangan menang sorak kampung tergadai.
TAN SRI RAFIDAH AZIZ bekas anggota kabinet dua perdana menteri sebelum ini – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau juga pernah menjadi ketua Wanita Umno.
Tulisan ini dimuatkan kali pertama di Facebook peminat beliau dengan tajuk asal “Mengapa begini, ke mana sudahnya?”.
Oleh Rafidah Aziz

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa