Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 20, 2016

Akan terungkaikah kemelut 1MDB selepas 22 Ogos ini?

Thursday, 18 August 2016
DEBARAN BERMULA 22 OGOS INI
Dilaporkan saman Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu, termasuk Jho Low dan Riza Aziz untuk membekukan aset-aset yang dipercayai dibeli dengan wang 1MDB yang dilencongkan, akan bermula pada 22 Ogos ini.

Ini bermakna, mereka yang disebut namanya dalam saman itu berpeluang membela diri dan mencabar tuntutan kerajaan AS untuk merampas aset-aset bernilai AS$1 bilion atau kira-kira RM4,000 juta itu.

Persoalan sekarang ialah sama ada Jho Low, Riza Aziz dan yang lain-lain akan hadir atau tidak dalam perbicaraan tersebut.

Beranikah mereka berhujah dan menunjukkan bukti-bukti bahawa aset-aset tersebut dibeli dengan wang sendiri tidak berkait sama sekali dengan wang 1MDB?

Dalam hal ini, seorang peguam kanan, Zainur Zakaria bagaimanapun tidak yakin mereka akan hadir dalam perbicaraan tersebut kerana katanya, tuntutan Jabatan Kehakiman AS  yang berdasarkan penyiasatan FBI  hanya dilakukan setelah siasatan yang teliti dan rapi dijalankan.

Saya tidak fikir kerajaan AS akan memfailkan saman tersebut jika mereka tidak cukup bukti kerana maruah negara mereka akan berdepan risiko, tambahnya lagi.

Jika tidak hadir, bukan saja aset-aset akan dibekukan, malah juga bermakna mereka tiada kekuatan untuk mencabar dan secara tidak langsung suatu bentuk pengakuan bahawa pembelian aset-aset itu memang berkaitan dengan wang 1MDB yang dicuri.

Menurut peguam Faiz Fadzil sebelum ini, selepas saman sivil pembekuan aset itu, ia pasti akan disusuli dengan saman jenayah pula.

Apakah 22 Ogos ini merupakan permulaan kemelut 1MDB akan terungkai satu persatu kepada rakyat Malaysia dan juga dunia? (SH 18/08/2016). - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa