Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 20, 2016

PAS amal politik samseng?

AMANAH Selar Kenyataan Nik Amar

Jangan amal politik samseng, nasihat Amanah kepada PAS 

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menghentam kenyataan Naib Presiden PAS tentang penyertaan parti politik dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Kelantan. 

Menurut laporan Bernama, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sekiranya parti pembangkang bersungguh mahukan pertandingan satu lawan satu menentang BN pada PRU14, parti selain PAS dan PKR tidak boleh bertanding di Kelantan. 

Salahuddin berkata kenyataan Amar menunjukkan parti Islam itu mengamalkan politik samseng. 

“Bagi saya itu politik samseng. Dalam politik sebetulnya ialah mengkaji kekuatan dan kelemahan setiap parti sebelum memutuskan parti apa bertanding di mana,” katanya kepada FMT. 

Beliau menambah PAS tidak sepatutnya merasakan kemenangan pasti berpihak kepadanya kerana menguasai kerusi untuk sekian lama. 

“Medan politik sudah berubah. Dulu tiada Pakatan Harapan, sekarang ada. Sekarang ada parti-parti pembangkang baharu seperti Bersatu.” 

Beliau berkata walaupun Bersatu parti baru dibentuk, itu tidak bererti ia tidak relevan kepada medan politik. 

Salahuddin mengingatkan PAS yang ia tidak pernah menang Kelantan secara bersendirian sejak 1990, kerana sebelum ini ia disokong Pakatan Rakyat. Sekitar 1990an, ia disokong Semangat 46. 

Tegasnya kemenangan parti sebelum ini juga lantaran ketokohan bekas Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat. 

“PAS berjaya memenangi Kelantan pada 1990 kerana dibantu Semangat 46, Hamim (Hizbul Muslimin Malaysia) dan Berjasa (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia). Kerjasama sangat penting dalam politik.” 

Sementara itu, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata Amar sekadar menyatakan senario yang lazim berlaku. “Secara tradisinya, itu yang lazim berlaku. Nampaknya yang yang dikehendaki PAS ialah status quo,” katanya kepada FMT. 

“Pastinya perbincangan perlu dilakukan sebelum sebarang memutuskan sesuatu dan sekarang ini masih terlalu awal untuk mengatakan begitu keadaannya pada pilihan raya akan datang. 

“Sebelum perbincangan dibuat, semua pihak akan nyatakan pendirian masing-masing tentang perkara ini sepertimana saya yakin DAP mahu PAS jangan bertanding di Pulau Pinang.” 

Beliau menambah semua kenyataan yang menyatakan hasrat untuk pertandingan satu lawan satu “petanda yang dialu-alukan”. -FMT 
“Kamu Ingat Kamu Siapa?” – Amanah Kepada PAS

PAS tidak ada hak untuk mengarahkan mana-mana parti untuk tidak bertanding di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kerana ia adalah hak parti masing-masing, kata Pengarah komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad.

“Dia boleh cakap apa yang dia nak tapi itu bukan hak dia, orang lain nak bertanding dia kena hadapi. nak bertanding 1 lawan 1 masing-masing boleh buat kenyataan.

“Kamu ingat kamu siapa?” soalnya kepada BNBBC.my portal.

Terdahulu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS tidak membenarkan parti selain PKR untuk bertanding di Kelantan pada PRU akan datang.

Mohd Amar berkata jika benar parti pembangkang ingin mengambil semangat satu lawan satu menentang BN pada PRU akan datang, mereka perlulah memberi laluan kepada PAS dan PKR untuk menentang BN di negeri itu.

Namun Khalid berkata yang PAN bagaimanapun akan tetap bertanding di negeri tersebut serta negeri-negeri yang lain berdasarkan perundingan yang akan dibuat bersama PKR dan DAP.

“AMANAH akan bertanding di seluruh negeri, tentang kerusi akan dibincang dengan rakan-rakan yang sanggup bincang dengan runding dengan kita, tapi PAS kan taknak berunding.

“Kenapa nak dengar cakap PAS? kita bukan satu ‘team’,” tambahnya.

Khalid dalam masa yang sama turut mengingatkan yang PAS tidak sepatutnya berada dalam dunia politik jika tidak mempunyai ‘kebijaksanaan’ dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

“PAS ni pelik punya pemikiran, sepatutnya kita perlu ada kerjasama, ada perundingan dengan mana- mana pihak, takkan PAS tak faham lagi benda macam tu, benda ni asas, kalau tak pandai berunding jangan masuk politik sebab politik perlu bijaksana, perlukan perundingan dan perbincangan,” ujarnya. – BNBBC
video berkaitan 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa