Erdogan bukan pejuang Islam?
MUHAMAD MAT YAKIM - 27 JULAI 2016
BAGI golongan Islamis konservatif, Recep Tayyip Erogan bukanlah contoh pemimpin Islam yang baik.
Dia dianggap telah mengecewakan ‘Islam’. Apabila partinya, AKP menang pilihan raya Turki 2002, Erdogan dijangka akan menyambung usaha bekas perdana menteri, Necmettin Erbakan membawa Turki kembali menjadi sebuah negara Islam.
Ini kerana, dia adalah kader Mili Gorus, sebuah gerakan politik dakwah yang diasaskan Erbakan. Mereka juga pernah berjuang bersama dalam Refah, parti Islam pimpinan Erbakan yang memenangi pilihan raya Turki pada 1995.
Malah Erdogan juga ketika itu menang pilihan raya datuk bandar Istanbul atas tiket Refah.
Dengan kemenangan AKP, golongan Islamis konservatif mengharapkan Erdogan akan menyambung usaha mentornya itu menjadikan Turki sebuah negara Islam dengan sistem dan undang-undang syariah dijadikan asas Perlembagaan.
Bagaimanapun, setelah dilantik perdana menteri pada Mac 2003, Erdogan dalam ucapan pertamanya di khalayak ramai di pentas yang berlatar belakang potret Kemal Ataturk, dengan tegas telah bersumpah akan mempertahankan sekularisme sebagai dasar Perlembagaan Turki.
Dia kemudian membuat kunjungan hormat ke pusara Ataturk, tindakan yang serta-merta meranapkan rasa hormat, kagum dan bangga sekalian pendokong gerakan Islam konservatif di seluruh dunia terhadapnya.
Mengapa Erdogan berubah?”
“Tidak, Erdogan tidak berubah tetapi orang yang salah faham terhadapnya,” kata penganalisis politik Turki, Dr. Mohd Iqbal Abdul Wahab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Menurut Mohd Iqbal, pengalaman selama bertahun- tahun melihat cabaran yang tidak berkesudahan bagi gerakan politik Islamis Turki, cukup bagi Erdogan untuk dia mengubah pendekatan secara lebih strategik.
"Di tempat kita secara umumnya, kalau nak berjuang untuk Islam mesti ada Negara Islam, syariah, hudud, berserban dan berjubah ... tetapi Erdogan melihat dalam konteks lain, yang lebih sesuai dengan keadaan di Turki. Kalau menggunakan istilah-istilah yang sama, bukan saja partinya, umurnya sendiri pun mungkin tidak panjang," katanya.
Mohd Iqbal bukan berseloroh.
Pada 17 September 1961, Perdana Menteri Turki, Adnan Menderes yang memerintah 22 Mei 1950 hingga 27 Mei 1960 telah dihukum gantung sampai mati hanya kerana menyebut “saya seorang Islamis” dalam ucapannya.
Disebabkan kata-katanya itu, Menderes ketika masih perdana menteri, dipaksa meletak jawatan, ditangkap dan dihukum mati oleh Mahkamah Perlembagaan atas arahan pihak tentera.
Ini kerana di Turki, tentera (Turk Silahli Kuvvetleri) berperanan sebagai penjaga sekularisme dalam Perlembagaan. Mereka akan bertindak terhadap sesiapa sahaja yang dikira telah melanggar prinsip sekularisme yang sekali gus dianggap telah mengingkari Perlembagaan Turki.
Perlembagaan yang diasaskan pemerintahan Ataturk pada 1937 itu begitu rigid dan tegar pegangan sekularismenya. Prinsip yang digelar Kemalisme ini berteraskan nilai-nilai republikanisme, nasionalisme, populisme, etastisme, revolusionisme dan sekularisme.
Bagi memastikan tiada neo-Ottomanisme yang sebelum itu sudah berakar umbi selama 624 tahun (1299-1923) di bumi Turki, Artikel 14 Perlembagaan mentakrifkan sebarang elemen selain sekularisme yang boleh ditafsirkan sebagai ideologi, dianggap bercanggah dengan Perlembagaan Turki dan sesiapa yang melanggar Perlembagaan, boleh dikenakan tindakan undang-undang.
“Meskipun yang disebut itu ideologi, yang sebenarnya mahu dicegah ialah Islam. Itulah sebabnya pernyataan undang-undang itu begitu terbuka, mudah untuk diambil tindakan atas apa yang ditafsirkan oleh pihak tentera sebagai ideologi,” kata Mohd Iqbal lagi.
Bukan itu sahaja. prinsip sekularisme diamalkan Turki adalah sangat keras, lebih keras berbanding apa yang ada di Barat sendiri, kata Prof. Dr. Mohd Redzuan Othman, Naib Canselor Unisel yang sudah bertahun- tahun menjalankan kajian mengenai politik Turki.
Sebagai contoh katanya, ketika pengambilan rekrut tentera, setiap pemohon akan diperiksa dahi dan lututnya dan jika didapati ada tanda solat, pemohon itu akan ditolak begitu sahaja meskipun memenuhi syarat-syarat kelayakan yang lain.
Begitu tegar sekularisme dalam tentera Turki, mereka – meskipun beragama Islam – tidak akan jawab salam kerana menjawab salam sahaja sudah dianggap muslim yang ekstrem.
‘Itulah … ia bergantung pada tafsiran mereka sendiri,” kata Mohd Iqbal pula.
Dalam keadaan ini, apa ruang bagi Erdogan untuk mengisytiharkan semangat Islamnya jika dia mahu terus memerintah?
“Dia sendiri pernah dipenjarakan dan dilarang berpolitik untuk tempoh beberapa lama ketika bersama Refah,” kata Mohd Iqbal.
Apa yang dilalui Erbakan jauh lebih getir.
Sepanjang memperjuangkan negara Islam, Erbakan telah menubuhkan sekurang-kurangnya lima parti yang empat daripadanya diharamkan oleh mahkamah atas perintah tentera.
Erbakan – bekas jurutera ternama di Jerman – memulakan perjuangan politik Islam menerusi Parti Mili Nizam yang ditubuhkan pada 1970. Apabila parti itu diharamkan, dia tubuh Parti Mili Selamat pada 1972. Selepas parti itu juga diharamkan dan dia diarah letak jawatan dalam Kabinet Bulent Ecevit serta dikenakan larangan politik, Erbakan tubuhkan pula parti Refah yang dianggotai Erdogan.
Pada 1997, selepas lebih setahun duduk kerusi perdana menteri, Refah diharamkan dan Erbakan sekali lagi dikenakan larangan berpolitik.
Dia kemudian menjadi penasihat Parti Fezilet sebelum menubuhkan Parti Saadet.
Ketika inilah, Erbakan dan Erdogan berpisah aliran politik apabila Erdogan bersama Abdullah Gul dan Bulent Arinc menubuhkan AKP, sebuah parti Islam yang bersifat liberal dan progresif berbanding Saadet yang beraliran konservatif.
Erbakan meneruskan perjuangan bersama Recai Kutan yang pernah bersaing jawatan dengan Abdullah Gul dalam Fezilet.
Kecewa dengan tindakan Erdogan, Erbakan pernah berkata:”Erdogan datang ke sekolah saya tetapi tidak mendengar apa yang saya ajar.”
Apabila berlaku pertembungan politiknya dengan Fethullah Gulen, seorang ulama yang begitu dihormati lagi berpengaruh di Turki, orang bertambah keliru malah ada yang mula percaya bahawa Erdogan sememangnya bukan pejuang Islam.
Apatah lagi media pro Gulen kini menggembar gembur ‘kemewahan’ hidupnya terutama yang berkaitan pembinaan Istana Putih, kediaman rasmi Presiden Turki yang menelan kos RM2.4 bilion.
Benarkah begitu?
“Tidak,” kata Ahmad Azam Abdul Rahman, bekas Presiden Abim yang kini Timbalan Setiausaa Agung UNIW (Kesatuan NGO Islam Sedunia) yang berpangkalan di Istanbul.
“Istana itu bukan hak milik peribadi Erdogan, itu institusi negara,” katanya.
Menurut Ahmad Azam, apa yang orang ramai tidak tahu, walaupun mengisytiharkan diri dan kerajaannya sebagai sekularis, Erdogan telah banyak melakukan transformasi dalam pemerintahan Turki ke arah Islamik menerusi pindaan Perlembagaan, perubahan dalam angkatan tentera termasuk bidang kuasa mereka dan juga pemikiran rakyat.
“Itu sebabnya apabila berlaku cubaan kudeta baru-baru ini, rakyat sanggup turun ke medan mempertaruhkan nyawa mereka untuk mempertahankan Erdogan,” katanya.
Menurut Ahmad Azam, di bawah pemerintahan Erdogan, meskipun menghadapi pelbagai cabaran domestik termasuk serangan bunuh diri yang telah meragut ratusan nyawa, cubaan kudeta oleh pihak tentera dan bermacam-macam perkara lagi, Turki tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sejagatnya terutama dalam membela nasib umat Islam yang tertindas.
“Erdogan telah menetapkan satu gagasan Vizyon 2023 untuk Turki muncul sebagai antara 10 negara kuasa ekonomi dunia (sekarang yang ke 16), sebagai kuasa politik utama, kuasa tentera dan juga sebagai inspirasi semangat ummah.
Manakala di bawah konsep Biz Bir Ummetiz (Kita Satu Ummah), dia meletakkan beberapa negara yang jadi sasaran untuk kerajaan Turki hadir membela nasib saudara muslim iaitu Arakan (Myanmar), Gaza, Somalia dan Syria.
“Di bawah konsep ini, setiap anggota Kabinet Turki bukan sahaja dipertanggungjawabkan dengan urusan di dalam negara malahan juga mengenai apa yang dilakukan di negara-negara yang berkenaan sebagaimana gagasan Presiden,” katanya ketika menyampaikan syarahan di Unisel, Shah Alam, minggu lalu.
MUHAMAD MAT YAKIM - 27 JULAI 2016
Adnan Menderes ketika ditahan tentera Turki dan kemudian dihukum gantung sampai mati
BAGI golongan Islamis konservatif, Recep Tayyip Erogan bukanlah contoh pemimpin Islam yang baik.
Dia dianggap telah mengecewakan ‘Islam’. Apabila partinya, AKP menang pilihan raya Turki 2002, Erdogan dijangka akan menyambung usaha bekas perdana menteri, Necmettin Erbakan membawa Turki kembali menjadi sebuah negara Islam.
Ini kerana, dia adalah kader Mili Gorus, sebuah gerakan politik dakwah yang diasaskan Erbakan. Mereka juga pernah berjuang bersama dalam Refah, parti Islam pimpinan Erbakan yang memenangi pilihan raya Turki pada 1995.
Malah Erdogan juga ketika itu menang pilihan raya datuk bandar Istanbul atas tiket Refah.
Dengan kemenangan AKP, golongan Islamis konservatif mengharapkan Erdogan akan menyambung usaha mentornya itu menjadikan Turki sebuah negara Islam dengan sistem dan undang-undang syariah dijadikan asas Perlembagaan.
Bagaimanapun, setelah dilantik perdana menteri pada Mac 2003, Erdogan dalam ucapan pertamanya di khalayak ramai di pentas yang berlatar belakang potret Kemal Ataturk, dengan tegas telah bersumpah akan mempertahankan sekularisme sebagai dasar Perlembagaan Turki.
Dia kemudian membuat kunjungan hormat ke pusara Ataturk, tindakan yang serta-merta meranapkan rasa hormat, kagum dan bangga sekalian pendokong gerakan Islam konservatif di seluruh dunia terhadapnya.
Mengapa Erdogan berubah?”
“Tidak, Erdogan tidak berubah tetapi orang yang salah faham terhadapnya,” kata penganalisis politik Turki, Dr. Mohd Iqbal Abdul Wahab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Menurut Mohd Iqbal, pengalaman selama bertahun- tahun melihat cabaran yang tidak berkesudahan bagi gerakan politik Islamis Turki, cukup bagi Erdogan untuk dia mengubah pendekatan secara lebih strategik.
"Di tempat kita secara umumnya, kalau nak berjuang untuk Islam mesti ada Negara Islam, syariah, hudud, berserban dan berjubah ... tetapi Erdogan melihat dalam konteks lain, yang lebih sesuai dengan keadaan di Turki. Kalau menggunakan istilah-istilah yang sama, bukan saja partinya, umurnya sendiri pun mungkin tidak panjang," katanya.
Mohd Iqbal bukan berseloroh.
Pada 17 September 1961, Perdana Menteri Turki, Adnan Menderes yang memerintah 22 Mei 1950 hingga 27 Mei 1960 telah dihukum gantung sampai mati hanya kerana menyebut “saya seorang Islamis” dalam ucapannya.
Disebabkan kata-katanya itu, Menderes ketika masih perdana menteri, dipaksa meletak jawatan, ditangkap dan dihukum mati oleh Mahkamah Perlembagaan atas arahan pihak tentera.
Ini kerana di Turki, tentera (Turk Silahli Kuvvetleri) berperanan sebagai penjaga sekularisme dalam Perlembagaan. Mereka akan bertindak terhadap sesiapa sahaja yang dikira telah melanggar prinsip sekularisme yang sekali gus dianggap telah mengingkari Perlembagaan Turki.
Perlembagaan yang diasaskan pemerintahan Ataturk pada 1937 itu begitu rigid dan tegar pegangan sekularismenya. Prinsip yang digelar Kemalisme ini berteraskan nilai-nilai republikanisme, nasionalisme, populisme, etastisme, revolusionisme dan sekularisme.
Bagi memastikan tiada neo-Ottomanisme yang sebelum itu sudah berakar umbi selama 624 tahun (1299-1923) di bumi Turki, Artikel 14 Perlembagaan mentakrifkan sebarang elemen selain sekularisme yang boleh ditafsirkan sebagai ideologi, dianggap bercanggah dengan Perlembagaan Turki dan sesiapa yang melanggar Perlembagaan, boleh dikenakan tindakan undang-undang.
“Meskipun yang disebut itu ideologi, yang sebenarnya mahu dicegah ialah Islam. Itulah sebabnya pernyataan undang-undang itu begitu terbuka, mudah untuk diambil tindakan atas apa yang ditafsirkan oleh pihak tentera sebagai ideologi,” kata Mohd Iqbal lagi.
Isteri Erdogan, Emine bersama penduduk Rohingya ketika berkunjung ke Myanmar.
Sebagai contoh katanya, ketika pengambilan rekrut tentera, setiap pemohon akan diperiksa dahi dan lututnya dan jika didapati ada tanda solat, pemohon itu akan ditolak begitu sahaja meskipun memenuhi syarat-syarat kelayakan yang lain.
Begitu tegar sekularisme dalam tentera Turki, mereka – meskipun beragama Islam – tidak akan jawab salam kerana menjawab salam sahaja sudah dianggap muslim yang ekstrem.
‘Itulah … ia bergantung pada tafsiran mereka sendiri,” kata Mohd Iqbal pula.
Dalam keadaan ini, apa ruang bagi Erdogan untuk mengisytiharkan semangat Islamnya jika dia mahu terus memerintah?
“Dia sendiri pernah dipenjarakan dan dilarang berpolitik untuk tempoh beberapa lama ketika bersama Refah,” kata Mohd Iqbal.
Apa yang dilalui Erbakan jauh lebih getir.
Sepanjang memperjuangkan negara Islam, Erbakan telah menubuhkan sekurang-kurangnya lima parti yang empat daripadanya diharamkan oleh mahkamah atas perintah tentera.
Erbakan – bekas jurutera ternama di Jerman – memulakan perjuangan politik Islam menerusi Parti Mili Nizam yang ditubuhkan pada 1970. Apabila parti itu diharamkan, dia tubuh Parti Mili Selamat pada 1972. Selepas parti itu juga diharamkan dan dia diarah letak jawatan dalam Kabinet Bulent Ecevit serta dikenakan larangan politik, Erbakan tubuhkan pula parti Refah yang dianggotai Erdogan.
Pada 1997, selepas lebih setahun duduk kerusi perdana menteri, Refah diharamkan dan Erbakan sekali lagi dikenakan larangan berpolitik.
Dia kemudian menjadi penasihat Parti Fezilet sebelum menubuhkan Parti Saadet.
Ketika inilah, Erbakan dan Erdogan berpisah aliran politik apabila Erdogan bersama Abdullah Gul dan Bulent Arinc menubuhkan AKP, sebuah parti Islam yang bersifat liberal dan progresif berbanding Saadet yang beraliran konservatif.
Erbakan meneruskan perjuangan bersama Recai Kutan yang pernah bersaing jawatan dengan Abdullah Gul dalam Fezilet.
Kecewa dengan tindakan Erdogan, Erbakan pernah berkata:”Erdogan datang ke sekolah saya tetapi tidak mendengar apa yang saya ajar.”
Apabila berlaku pertembungan politiknya dengan Fethullah Gulen, seorang ulama yang begitu dihormati lagi berpengaruh di Turki, orang bertambah keliru malah ada yang mula percaya bahawa Erdogan sememangnya bukan pejuang Islam.
Apatah lagi media pro Gulen kini menggembar gembur ‘kemewahan’ hidupnya terutama yang berkaitan pembinaan Istana Putih, kediaman rasmi Presiden Turki yang menelan kos RM2.4 bilion.
Benarkah begitu?
“Tidak,” kata Ahmad Azam Abdul Rahman, bekas Presiden Abim yang kini Timbalan Setiausaa Agung UNIW (Kesatuan NGO Islam Sedunia) yang berpangkalan di Istanbul.
“Istana itu bukan hak milik peribadi Erdogan, itu institusi negara,” katanya.
Menurut Ahmad Azam, apa yang orang ramai tidak tahu, walaupun mengisytiharkan diri dan kerajaannya sebagai sekularis, Erdogan telah banyak melakukan transformasi dalam pemerintahan Turki ke arah Islamik menerusi pindaan Perlembagaan, perubahan dalam angkatan tentera termasuk bidang kuasa mereka dan juga pemikiran rakyat.
Erdogan bersama Erbakan ketika sama-sama berjuang dalam Parti Refah pada 1997.
“Itu sebabnya apabila berlaku cubaan kudeta baru-baru ini, rakyat sanggup turun ke medan mempertaruhkan nyawa mereka untuk mempertahankan Erdogan,” katanya.
Menurut Ahmad Azam, di bawah pemerintahan Erdogan, meskipun menghadapi pelbagai cabaran domestik termasuk serangan bunuh diri yang telah meragut ratusan nyawa, cubaan kudeta oleh pihak tentera dan bermacam-macam perkara lagi, Turki tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sejagatnya terutama dalam membela nasib umat Islam yang tertindas.
“Erdogan telah menetapkan satu gagasan Vizyon 2023 untuk Turki muncul sebagai antara 10 negara kuasa ekonomi dunia (sekarang yang ke 16), sebagai kuasa politik utama, kuasa tentera dan juga sebagai inspirasi semangat ummah.
Manakala di bawah konsep Biz Bir Ummetiz (Kita Satu Ummah), dia meletakkan beberapa negara yang jadi sasaran untuk kerajaan Turki hadir membela nasib saudara muslim iaitu Arakan (Myanmar), Gaza, Somalia dan Syria.
“Di bawah konsep ini, setiap anggota Kabinet Turki bukan sahaja dipertanggungjawabkan dengan urusan di dalam negara malahan juga mengenai apa yang dilakukan di negara-negara yang berkenaan sebagaimana gagasan Presiden,” katanya ketika menyampaikan syarahan di Unisel, Shah Alam, minggu lalu.
Nasib Muslim Rohingya
Gerakan Islam jika berjaya pegang tampuk pemerintah tapi tak bijak berstrategi akan jd mcm hj hadi di terengganu, pas di kedah dan morsi di mesir. Ada banyak contoh lagi yg aku tak tahu?
ReplyDeleteerdogan adalah penindas yg zalim...penindas adalah musuh islam...turki negara nato,nato adalah tentera zionis...turki punyai peranan besar dalam menhancurkan libya dan syria..islam tidak bererti anda punyai lesen menindas
ReplyDelete