Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 15, 2017

Ada juga lelaki macam yer?

Kecewa kekasih curang, lelaki kelar pergelangan tangan
Ruzaini ZulkepliAstro Awani |  November 14, 2017 19:33 MYT
Kecewa kekasih curang, lelaki kelar pergelangan tangan
Lelaki kecewa mengelar pergelangan tangan selepas kecewa kekasihnya mempunyai lelaki lain di tepi pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU: Gara-gara kecewa teman wanitanya curang dengan lelaki lain, seorang lelaki cuba membunuh diri dengan mengelar tangannya menggunakan pisau cukur di tepi Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu, pagi ini.

Bagaimanapun, niat lelaki terbabit untuk membunuh diri tidak berjaya apabila sepasukan polis yang berada di lokasi kejadian mengambil masa 10 minit untuk memujuk mangsa kira-kira jam 8 pagi.

Lelaki berusia 20-an yang cedera di tangan kirinya kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, lelaki itu dikatakan menghubungi kekasihnya namun gagal dan mendapati wanita itu bersama lelaki lain lalu pergi ke tepi pantai dan minum minuman keras.

Dia kemudian dipercayai mengelar tangan kirinya menggunakan pisau cukur sebelum sepasukan polis yang sedang membuat rondaan di kawasan itu melihat kejadian dan berjaya memujuknya.

Selepas hampir 10 minit, dia kemudian memberhentikan perbuatannya lalu anggota polis bersama kakitangan paramedik Hospital Queen Elizabeth (HQE) membuat rawatan awal sebelum membawanya ke HQE.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa