Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 19, 2017

Pasca pembedahan: Zahid jamin rawatan terbaik untuk Anwar

Rawatan pasca pembedahan terbaik buat Anwar - TPM Zahid
November 18, 2017 23:28 MYT
Rawatan pasca pembedahan terbaik buat Anwar - TPM Zahid
Ahmad Zahid berucap pada majlis Pelancaran 'Blue Ocean Youth Movement' di IM4U Sentral, Puchong, malam ini. --fotoBERNAMA
PUCHONG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa kerajaan akan memberi rawatan pasca pembedahan terbaik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya beliau akan berunding dengan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Penjara untuk memberi rawatan pasca pembedahan sehingga Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Harapan, sembuh sepenuhnya.

"Kerajaan bersetuju agar (beliau) memilih doktor dan peralatan serta rawatan pasca pembedahan yang terbaik. Ini adalah permintaan keluarga," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Actyvate di iM4U Sentral di sini, malam ini.

Petang tadi, Ahmad Zahid dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis melawat Anwar yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Anwar menjalani pembedahan di bahagian bahu kanannya selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari HKL ke Penjara Sungai Buloh pada 22 Sept lepas.

Anwar menjalani pembedahan artroskopi bahu kanannya itu di HKL pada Ahad lepas.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Anwar telah mengalami kesakitan di bahu kanannya susulan kemalangan itu.

Berikutan itu, Jabatan Penjara memutuskan supaya Anwar diberi rawatan segera, katanya.

Ditanya reaksi Anwar ketika menerima kunjungannya di HKL petang tadi, Ahmad Zahid berkata "beliau menerima (kunjungan) kami dengan baik".

"...perdana menteri dan isteri mengetepikan perbezaan politik untuk menziarahi beliau," katanya.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid menyaran kepada generasi muda supaya sentiasa melontarkan idea-idea baharu yang inovatif dan kreatif untuk melaksanakan program bagi merancakkan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Beliau menyokong Actyvate, satu pergerakan belia kebangsaan bagi menzahirkan daya kreatif dan inovasi selaras dengan transformasi negara, akan mengamit idea baharu daripada generasi muda.

Beliau berkata Actyvate, menerusi paltform ‘crowd pledging’ atas talian,  golongan belia digalakkan untuk mencadangkan projek kreatif, mendapat sokongan dan menjana dana bagi merealisasikan projek tersebut

Beliau berkata projek yang berjaya mencapai sasaran dana boleh merebut peluang untuk menerima dana yang dipadankan. 

“Actyvate merupakan inisiatif belia di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang disokong Najib dan dipacu iM4U dan Malaysian Global Innovation Creativity Centre (MaGIC). 

Projek yang diiktiraf pihak Actyvate berpotensi memberi kesan besar kepada masyarakat boleh menerima dana padanan sehingga had maksima RM50,000.  - sumber 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa