Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 13, 2017

Jenayah: Orang Myanmar lagi!

Hampir semua jenayah warga asing melibatkan orang Myanmar

  | November 13, 2017
Statistik juga menunjukkan Selangor dan Pulau Pinang mempunyai penduduk etnik Rohingya paling ramai di Malaysia.
DEWAN RAKYAT
KUALA LUMPUR: Hampir kesemua jenayah yang dilakukan warganegara asing melibatkan rakyat Myanmar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata daripada 82, sebanyak 78 kes melibatkan warga negara Myanmar. Daripada jumlah itu, 30 kes melibatkan kekerasan dan 48 kes melibatkan jenayah harta benda.
Bagaimanapun, setakat ini polis tidak mengesan aktiviti keganasan di kalangan mereka, termasuk yang dilakukan etnik Rohingya di Malaysia.
“Dari segi ancaman terhadap keselamatan negara, tiada data khusus mengenai rekod jenayah yang dibuat etnik Rohingya. 
“PDRM hanya merekodkan kes jenayah dilakuan warga negara asing mengikut negara asal dan bukannya mengikut etnik,” katanya di Dewan Rakyat menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Noor Azmi Ghazali.
Shahidan memberi jaminan pemantauan berterusan dilaksanakan bagi memastikan tiada elemen keganasan yang melibatkan etnik Rohingya di Malaysia.
Tambahnya, sehingga 30 September 2017, seramai 62,153 orang etnik Rohingya berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).
“53,811 orang adalah pelarian dan 8,342 orang merupakan pemohon suaka. Sehingga 30 September 2017 juga, hanya 2,061 orang ditempatkan ke negara ketiga oleh pihak UNCHR,” katanya.
Rekod UNHCR sehingga bulan Februari 2017 menunjukkan Selangor merupakan negeri tertinggi taburan etnik Rohingya dengan jumlah 13,135 orang.
Ia diikuti Pulau Pinang (10,380) Kedah (6,633), Johor (6,227), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4,694), Terengganu (3,039), Kelantan (2,369), Pahang (1,952), Perak (1,056), Negeri Sembilan (905), Melaka (857) dan Perlis (156) serta Putrajaya (133).

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa