Ustaz Jin dapat 4kg tangkal
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN - 26 NOVEMBER 2017
MACHANG - Lazimnya, kisah alam ghaib sukar dipercayai kerana ia tidak nampak secara zahirnya.
Namun, bagi Ustaz Norazman Albanjary atau dikenali Ustaz Jin, beliau sudah lali dengan cemuhan dan kritikan pihak tertentu yang tidak mempercayai kisah rawatan sebagai mana yang dipaparkan dalam laman sosialnya.
Menurutnya, sepanjang hampir dua bulan melakukan rawatan di Bukit Belah, Machang, terdapat banyak kes sihir yang melibatkan pelbagai sebab termasuk masalah dalaman keluarga.
“Kalau tengok dekat facebook saya, terdapat pelbagai kritikan yang mana mereka anggap cerita dan rawatan ini direka-reka dan saya sengaja melakukan perawatan secara terbuka supaya masyarakat boleh melihat sendiri kes melibatkan sihir dan perawatannya,” katanya.
Norazman bagaimanapun berkata, selepas mereka betul-betul mengkaji dan diberi penerangan lanjut, persepsi mereka yang mengkritik itu semakin kurang dan mempercayai kewujudan alam jin dan ghaib itu wujud.
Paku dan jarum turut didakwa digunakan oleh bomoh untuk melakukan sihir terhadap mangsa serta pisau yang berjaya dikeluarkan dalam badan pesakit
Mengulas tempoh dua bulan berada di Machang, anak jati Melaka itu berkata, terdapat pelbagai kes yang berlaku dan kadang-kadang dilihat tidak masuk akal bagi manusia normal.
“Dalam kes sihir contohnya, secara kebiasaannya sekiranya mereka yang menghantar sihir menggunakan bomoh dari negara jiran, kita akan dapat menyaksikan pelbagai barangan yang dihantar dan baru-baru ini kita keluarkan lebih dari 10 pisau dari perut pesakit dan sihir itu dihantar oleh abang ipar sendiri.
“Orang ramai dapat menyaksikan sendiri di depan mata bagaimana pisau itu dikeluarkan dan bagi pandangan mata kasar ia tidak lojik, maka tidak pelik sekiranya orang ramai yang tidak percaya,” katanya yang mewarisi rawatan rukyah melalui keluarga.
Norazman yang dibantu oleh keluarganya sepanjang melakukan perawatan menasihatkan orang ramai agar menjauhi perkara-perkara yang boleh menyebabkan merosakkan iman seperti menggunakan tangkal bagi tujuan perubatan.
“Sepanjang berada di Machang, tidak kurang empat kilogram tangkal yang kita peroleh, ini perkara yang sangat serius, kita lihat masih ramai yang percaya perkara khurafat yang boleh merosakkan nilai agama dalam diri seseorang.
“Tangkal ini datang daripada pelbagai bentuk, ada yang kelihatan bertujuan baik tetapi sebenarnya tidak, kerana setiap tangkal ada ‘tuannya’, saya nasihatkan kita jangan sesekali menerima apa jual tangkal pemberian mana-mana pihak,” katanya.
Dalam masa yang sama beliau berkata, dalam melakukan perawatan beliau membuat tawaran kepada jin supaya mereka memeluk kepada agama Islam.
Namun katanya, ia adalah dakwah dan tidak memaksa sekiranya makhluk itu menolak tawaran yang diberikan.
“Saya letakkan tidak kurang lima jin yang berjaya diIslamkan setiap malam, sepanjang dua bulan tidak kurang 2,000 telah saya Islamkan,” katanya.
Beliau dalam masa yang sama berkata, masyarakat juga perlu belajar merawat sendiri sepertimana ajaran Rasulullah SWT yang hanya membaca al-Fatihah dan surah tiga Qul.
Mengulas mengenai destinasinya selepas ini, Norazman berkata, beliau kembali ke Melaka selama beberapa minggu sebelum ke sebuah negeri juga di pantai timur untuk melakukan perawatan seterusnya.
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN - 26 NOVEMBER 2017
Norazman (kanan) mendakwa santau dan sihir masih banyak berlaku di kalangan masyarakat
MACHANG - Lazimnya, kisah alam ghaib sukar dipercayai kerana ia tidak nampak secara zahirnya.
Namun, bagi Ustaz Norazman Albanjary atau dikenali Ustaz Jin, beliau sudah lali dengan cemuhan dan kritikan pihak tertentu yang tidak mempercayai kisah rawatan sebagai mana yang dipaparkan dalam laman sosialnya.
Menurutnya, sepanjang hampir dua bulan melakukan rawatan di Bukit Belah, Machang, terdapat banyak kes sihir yang melibatkan pelbagai sebab termasuk masalah dalaman keluarga.
“Kalau tengok dekat facebook saya, terdapat pelbagai kritikan yang mana mereka anggap cerita dan rawatan ini direka-reka dan saya sengaja melakukan perawatan secara terbuka supaya masyarakat boleh melihat sendiri kes melibatkan sihir dan perawatannya,” katanya.
Norazman bagaimanapun berkata, selepas mereka betul-betul mengkaji dan diberi penerangan lanjut, persepsi mereka yang mengkritik itu semakin kurang dan mempercayai kewujudan alam jin dan ghaib itu wujud.
Paku dan jarum turut didakwa digunakan oleh bomoh untuk melakukan sihir terhadap mangsa serta pisau yang berjaya dikeluarkan dalam badan pesakit
Mengulas tempoh dua bulan berada di Machang, anak jati Melaka itu berkata, terdapat pelbagai kes yang berlaku dan kadang-kadang dilihat tidak masuk akal bagi manusia normal.
“Dalam kes sihir contohnya, secara kebiasaannya sekiranya mereka yang menghantar sihir menggunakan bomoh dari negara jiran, kita akan dapat menyaksikan pelbagai barangan yang dihantar dan baru-baru ini kita keluarkan lebih dari 10 pisau dari perut pesakit dan sihir itu dihantar oleh abang ipar sendiri.
“Orang ramai dapat menyaksikan sendiri di depan mata bagaimana pisau itu dikeluarkan dan bagi pandangan mata kasar ia tidak lojik, maka tidak pelik sekiranya orang ramai yang tidak percaya,” katanya yang mewarisi rawatan rukyah melalui keluarga.
Norazman yang dibantu oleh keluarganya sepanjang melakukan perawatan menasihatkan orang ramai agar menjauhi perkara-perkara yang boleh menyebabkan merosakkan iman seperti menggunakan tangkal bagi tujuan perubatan.
“Sepanjang berada di Machang, tidak kurang empat kilogram tangkal yang kita peroleh, ini perkara yang sangat serius, kita lihat masih ramai yang percaya perkara khurafat yang boleh merosakkan nilai agama dalam diri seseorang.
“Tangkal ini datang daripada pelbagai bentuk, ada yang kelihatan bertujuan baik tetapi sebenarnya tidak, kerana setiap tangkal ada ‘tuannya’, saya nasihatkan kita jangan sesekali menerima apa jual tangkal pemberian mana-mana pihak,” katanya.
Batu yang didakwa dikeluarkan dalam badan mangsa
Namun katanya, ia adalah dakwah dan tidak memaksa sekiranya makhluk itu menolak tawaran yang diberikan.
“Saya letakkan tidak kurang lima jin yang berjaya diIslamkan setiap malam, sepanjang dua bulan tidak kurang 2,000 telah saya Islamkan,” katanya.
Beliau dalam masa yang sama berkata, masyarakat juga perlu belajar merawat sendiri sepertimana ajaran Rasulullah SWT yang hanya membaca al-Fatihah dan surah tiga Qul.
Mengulas mengenai destinasinya selepas ini, Norazman berkata, beliau kembali ke Melaka selama beberapa minggu sebelum ke sebuah negeri juga di pantai timur untuk melakukan perawatan seterusnya.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa