Lepas umum letak jawatan, Hariri kini lawat Perancis
TMI · Diterbitkan pada 18 Nov 2017 8:35AM
Poster gambar Perdana Menteri Lubnan Saad Hariri kelihatan tergantung di bangunan di Beirut. – Gambar AFP, 18 November, 2017
PERDANA Menteri Lubnan Saad Hariri, hari ini meninggalkan Arab Saudi untuk ke Perancis, dua minggu selepas peletakan jawatannya secara mengejut.
Saluran televisyen milik keluarganya melaporkan, Hariri meninggalkan lapangan terbang Riyadh dengan jet peribadinya bersama isteri.
"Mereka menuju ke lapangan terbang Le Bourget, di timur laut Paris," menurut Future TV.
Sumber yang rapat dengan Hariri mengesahkan penerbangan itu, menambah perjalanan bekas perdana menteri itu akan mengambil masa enam jam setengah.
Presiden Lubnan Michel Aoun menuduh pihak berkuasa Arab Saudi “menahan” Hariri dan enggan menerima peletakan jawatannya dari luar negara.
Hariri, yang memegang dua kerakyatan Arab Saudi, berada di Riyadh ketika mengeluarkan kenyataan itu di televisyen di sana pada 4 November dengan berkata beliau meletak jawatan kerana bimbangkan nyawanya sementara menuduh Iran dan sekutu Lubnan, Hezbollah menyebabkan negaranya tidak stabil.
Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka bertemu Hariri tengah hari ini.
Peletakan jawatan Hariri dianggap sebagai perkembangan terkini dalam perang antara Arab Saudi, dengan pesaing lamanya, Iran.
Ia menimbulkan keresahan tentang kestabilan Lubnan, yang sudah lama menyaksikan ketidaksepakatan antara blok Hariri dan gerakan Hezbollah yang disokong oleh Iran.
Pengumuman peletakan jawatan Hariri –dilaporkan turut mengejutkan pegawainya yang paling rapat –dan beliau masih belum pulang ke tanah air untuk meletak jawatan secara rasmi, semakin menguatkan spekulasi yang beliau hanya bertindak atas arahan penaungnya, Arab Saudi.
Future TV tidak menyatakan sama ada Hariri dan isteri ditemani anak-anak mereka, di mana dua orang berada bersama mereka ketika di Riyadh. Anak sulung mereka kini belajar di luar negara. – AFP, 18 November, 2017.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa