Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 29, 2017

Mangsa banjir Kelantan melebihi 7,000

Jumlah mangsa banjir Kelantan melebihi 7,000
Astro Awani |  Diterbitkan pada November 29, 2017 10:09 MYT
Kelihatan penduduk meredah air banjir apabila kampung mereka dinaiki air apabila hujan lebat berterusan semenjak dua hari lepas di Kampung Hutan Pasir Ketereh. - Foto BERNAMA

KOTA BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 7,537  mangsa pagi ini, berbanding 5,016 orang setakat jam 9 malam Selasa.

Sebanyak 103 pusat pemindahan sementara (PPS)  dibuka di lapan jajahan melibatkan Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang, Bachok dan Jeli.

Sehingga jam 9.50 pagi ini, Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 3,076 mangsa daripada 1,186 keluarga yang ditempatkan di 36 PPS.

Ia diikuti Kota Bharu dengan 1,375 mangsa daripada 346 keluarga yang menghuni 15 PPS.

Menurut portal Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas meningkat kepada 10.44 meter pada malam tadi

Hujan kadangkala lebat dilaporkan masih berterusan di beberapa kawasan di Kelantan.

1 comment:

  1. Adakah ini bala dari Allah? Kalau di Pulau Pinang dikatakan bala Allah, bagaimana pula di Kelantan?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa