Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 23, 2017

Ratko Mladic dipenjara seumur hidup

'Penyembelih Balkan' Ratko Mladic dipenjara seumur hidup
Agensi |  November 22, 2017 20:21 MYT
'Penyembelih Balkan' Ratko Mladic dipenjara seumur hidup
Mladic dihalau keluar dari mahkamah selepas dia menjerit kepada hakim ketika membaca keputusan berkenaan. - AP
THE HAGUE : Bekas Komander Bosnia, Ratko Mladic dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah melakukan jenayah perang sekitar tahun 1990-an.

Keputusan itu dibacakan hakim Tribunal Jenayah Antarabangsa yang bersidang di The Hague hari ini.

Mladic turut dihalau keluar dari mahkamah selepas dia menjerit kepada hakim ketika membaca keputusan berkenaan.

Pengusirannya berlaku selepas hakim menolak permintaan peguamnya untuk menangguhkan sesi atas alasan kesihatan.

Dikenali sebagai  "Penyembelih Balkan" Mladic berdepan 11 pertuduhan, termasuk pembunuhan beramai-ramai dan jenayah kemanusiaan ketika Perang Bosnia 1992-1995.

Mladic, 74, bagaimanapun menafikan semua pertuduhan itu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa