Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 23, 2017

Cubaan bakar surau: Inilah tujuan mereka

* Cari siapa biang keladinya?

Exco: Cubaan bakar surau untuk cetuskan rusuhan kaum
mk   -   Hari ini, 5:05 pm
Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Ahmad Yunus Hairi hari ini mencela cubaan membakar sebuah surau di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.

Beliau yang bertanggungjawap terhadap Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, berkata kejadian itu dilihat sebagai cubaan untuk mencetuskan perasaan tidak tenteram di antara kaum, agama dan bangsa di negeri itu.

Sehubungan itu, pemimpin PAS itu menggesa semua pihak supaya tidak mengambil sesuatu tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan.

“Saya dengan ini menyeru kepada semua rakyat pelbagai kaum di dalam negeri Selangor agar tidak mengambil sesuatu tindakan yang boleh menyemarakkan sikap permusuhan di antara agama, kaum atau bangsa yang akhirnya akan mewujudkan suasana yang tidak aman di kalangan masyarakat.

“Marilah kita bersama-sama meraikan keunikan dan kepelbagaian yang ada di kalangan etnik bangsa, kaum dan agama di negeri Selangor ini supaya negeri yang kita cintai ini akan terus aman makmur dan sentosa,” katanya dalam satu kenyataan pada petang ini.

Yunus juga memuji pihak polis yang berjaya menangkap suspek yang dipercayai terbabit dalam serangan Ahad lalu.

Semalam, polis menahan suspek ketiga dan sedang dalam proses memohon perintah tahanan reman. Dua lagi yang ditangkap sebelum ini, telah ditahan sehingga 28 Nov untuk memudahkan siasatan.

Menurut laporan berita, botol bir yang mengandungi cecair mudah terbakar dilemparkan ke perkarangan surau itu. Botol berkenaan, bagaimanapun tidak meletup tetapi menyebabkan kebakaran kecil.

Kejadian tersebut disedari salah seorang jemaah surau yang baru selesai menunaikan solat Subuh apabila melihat kesan terbakar pada pintu masuk surau tersebut.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa