Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 12, 2017

Isu Bugis: Dr Mahathir mengingatkan Zahrain jangan libatkan warga Indonesia

Isu Bugis: Tak usah libatkan warga Indonesia, kata Mahathir
AKMAL HAZIQ  -  November 11, 2017 8:18 am
Dalam sepucuk surat kepada Duta Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pada 1 November lalu, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Zahrain supaya tidak melibatkan warga Indonesia dalam isu berkenaan.

“Ucapan saya boleh dilihat dalam Internet. Saya tidak berkata orang Bugis lanun. Yang saya kata ialah Najib mungkin daripada lanun Bugis.

“Memang pun di zaman dahulu ada lanun Bugis. Ada juga suku kaum lain termasuk Melayu yang menjadi lanun. Hari ini pun ada lanun di Selat Melaka.

“Mungkin ada dalam kaum-kaum ini mereka berketurunan lanun. Tetapi yang kita tahu YAB Perdana Menteri Malaysia dikenali oleh dunia sebagai penyangak yang telah curi berbilion Ringgit daripada 1MDB, KWSP, KWAP, Tabung Haji dan lain-lain.

“Penyangak ini mendakwa dia adalah pahlawan Bugis. Bolehkan orang Bugis bangga dengan penyamun besar menyatakan dia daripada keturunan Bugis, bahkan pahlawan Bugis?” tulis Mahathir dalam surat berkenaan.

Jelas Mahathir, beliau sedar bahawa tugas duta adalah untuk mempertahankan negara, tetapi orang Indonesia kata beliau semua tahu bahawa Najib adalah seorang perasuah dan penyangak yang telah merosakkan Malaysia.

Justeru katanya, tidak perlulah orang Indonesia dicucuk dalam isu ini dan seperkara lagi katanya, mereka ini tidak boleh mengundi dalam PRU14 nanti.

Percubaan Najib untuk menyalahtafsirkan ucapan beliau kata Mahathir, tidak akan berhasil melainkan seperti biasa beliau (Najib) menghulurkan dedak yang banyak untuk menimbulkan reaksi buruk terhadap dirinya,

“Setiausaha saya sendiri orang Bugis dan ramai mereka yang menyertai gerakan untuk menjatuhkan Najib adalah orang Bugis (Johor),” kata beliau.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa