Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 15, 2017

Mereka berjuang untuk apa sebenarnya ni?

* Sedang rakyat berharap, begini pula jadinya?
Kalau untuk diri dan harta, masuk UMNO jerlah!

Bersatu Bahagian Batu Gajah umum bubar
ISMANIZA AHMAD 14 NOVEMBER 2017
Ahli jawatankuasa Bersatu Bahagian Batu Gajah menurunkan gegantung Bersatu Bahagian tersebut di pejabat mereka

BATU GAJAH - Bersatu Perak terus berhadapan masalah apabila Bersatu Bahagian Batu Gajah mengumumkan pembubaran mereka hari ini.

Pembubaran itu turut disertai 18 ahli jawatankuasa bahagian dan juga hampir 1,000 ahli bahagian berkenaan.

Perkara itu diumumkan sendiri Ketua Bahagian Bersatu Batu Gajah, Mohd Shirin Adenan yang turut meletakkan jawatan disebabkan kekecewaannya terhadap kepimpinan Bersatu Negeri.

Menurutnya, banyak perkara yang berubah sejak bekas Naib Presiden Bersatu, Datuk Hamidah Osman disingkirkan dari menerajui Bersatu Perak.

"Pelantikan Pengerusi Bersatu Perak hanyalah semata-mata merupakan 'orang Mukhriz' benar-benar membuka mata kami.

"Ketiadaan pengalaman, selain hubungan yang sangat terbatas membuatkan Bersatu Perak seperti anak ayam kehilangan ibunya," katanya ketika sidang media di Pejabat Bersatu Batu Gajah sebentar tadi.

Selain bahagian Batu Gajah, sebelum ini Bersatu Bahagian Kuala Kangsar dan Parit turut berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa