Hakim sekarang kejar KPI?
FAIRUZ JUMAIN, RIDUAN ASHAHA, JANATUL FIRDAUS - 14 NOVEMBER 2017
MINGGU lalu, dunia kehakiman negara mendapat perhatian apabila Ahli Parlimen Ipoh Barat (DAP), M Kulasegaran mendedahkan terdapat unsur mahu mempercepatkan kes supaya dapat mengejar Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Adakah itu benar?
Kita sedia maklum, KPI diwujudkan di mahkamah sejak 2009 lalu diterima semua pihak bagi menjanjikan proses pelaksanaan pengadilan dan pengurusan kes yang lebih cepat.
Bagaimanapun ada pihak yang mula mempersoalkannya kerana ia mungkin menjejaskan proses itu sendiri apabila terlampau mahu mengejar selesaikan kes.
Seperti yang pernah disebut bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada 2010, walaupun kes yang ditangguh terlampau lama boleh menidakkan keadilan kepada mangsa namun tidak bermakna kes tersebut perlu dipercepatkan sehingga meminggirkan hak mereka yang terbabit dan faktor lain.
“Dalam melaksanakan alat penting ini, hakim harus sentiasa mengimbangi antara keadilan yang tertunda adalah keadilan yang ditolak dengan keadilan bergegas adalah keadilan yang dikuburkan,” katanya yang menjadi panduan kepada ramai pengamal undang-undang hari ini.
Dalam isu ini, Sorot sempat menemubual 14 pengamal undang-undang dari seluruh negara bagi mendengar sendiri apakah sebenarnya yang terjadi.
Daripasa pendedahan itu ternyata kebimbangan Kulasegaran ada benarnya. Perkara ini sebenarnya sudah mula dibincangkan dalam kalangan peguam sejak beberapa tahun lalu.
Seorang peguam yang ditemui, Alaya berkata, KPI yang diwujudkan sebenarnya amat baik untuk mahkamah, namun jika menjadi alat untuk mengejar statistik semata-mata, maka sesuatu yang tidak betul telah berlaku dan ia tidak baik untuk masa depan undang-undang negara.
[ARTIKEL BERKAITAN: KPI Malaysia diiktiraf dunia]
“KPI ini sudah menjadi penanda aras untuk pencapaian kes. Apa yang penting di mata mereka cuma statistik berapa banyak kes yang diselesaikan untuk tempoh tertentu. Kes-kes ini sebenarnya kes yang belum selesai tetapi di dalam statistik sudah ditanda sebagai selesai. Kes ini boleh dirujuk semula pada masa depan.
Kes-kes ini dinamakan DNAA atau dilepaskan tanpa dibebaskan.
“Jika kami tidak berjaya mencapai KPI tertentu, ia akan memberi kesan kepada kerja dan kenaikan pangkat, maka ada yang mengejar KPI ini. Malah ada mahkamah yang diberi anugerah bagi penyelesaian kes terbanyak,” katanya kepada Sinar Harian.
Kata Alaya lagi, ada rungutan peguam bela dan pendakwa raya yang tertekan kerana dipaksa mempercepatkan kes walaupun terdapat faktor seperti saksi atau peguam sendiri tidak dapat hadir atas sebab munasabah.
“Terdapat satu kes di mana kes perbicaraan bagi seorang saksi telah ditetapkan pada sebelah petang, namun apabila kes-kes pada sebelah pagi selesai lebih awal, kes pada sebelah petang telah ditarik pada pagi tersebut.
“Oleh sebab saksi itu tidak tahu dan tidak hadir pada sebelah paginya, maka kes tersebut terus dibatalkan. Saksi tersebut marah dan mendakwa timbalan pendakwa raya bersekongkol dengan tertuduh tapi sebenarnya tidak. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.
Seorang lagi peguam yang hanya mahu dikenali sebagai Sharifah berkata, dia beberapa kali pernah diarahkan untuk menjadi peguambela tanpa melakukan persiapan sewajarnya untuk memahami kes terlebih dahulu.
Dedah Sharifah lagi, dia pernah menerima satu kes yang memerlukan beliau membuat persiapan kira-kira satu sejam sebelum perbicaraan bermula.
Ternyata situasi itu benar-benar memberi tekanan kepadanya.
“Saya sudah minta penangguhan tetapi tidak dibenarkan, mahu tidak mahu saya kena teruskan juga walaupun tidak bersedia. Pernah juga saya sakit sampai tidak larat memandu, tapi terpaksa juga ke mahkamah kerana kes tidak ditangguhkan,” katanya.
Katanya lagi, seorang rakannya yang juga seorang peguam pernah terkena strok dan tidak
hadir ke mahkamah, maka kesnya dibatalkan dan mahkamah tersebut turut meminta sijil cuti sebagai bukti.
“Bagi saya ia sepatutnya tidak sampai ke tahap ini, tapi inilah yang berlaku kepada perjalanan mahkamah kita,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi peguam yang hanya mahu dikenali sebagai Lan berkata, perkara yang berlaku di mahkamah sekarang seperti
‘pesta batal kes’ iaitu terlalu mahu menunjukkan statistik yang telah dicapai.
“Saksi tidak ada terus batal, walaupun semua bukti dari siasatan pihak polis telah ada dan bersedia untuk dibicarakan. Mereka terlalu mahu kejar statistik dan sekali lagi saya kata ia sepatutnya tidak berlaku,” katanya.
Kata Lan lagi, lebih membimbangkan adalah persepsi pengadu yang akan mempersoalkan
proses kehakiman kerana kes mereka terlampau mudah dibatalkan.
“Sebelum ini, jika saksi tidak hadir atas sebab munasabah, kes akan ditangguhkan, tetapi tidaklah sampai terus dibatalkan, tetapi apa yang berlaku hari ini terlampau banyak kes dibatalkan. Semuanya untuk kejar KPI dan statistik,” dakwanya.
Katanya, kini sesetengah mahkamah dilihat terlampau bergantung kepada statistik sehingga
tidak menggambarkan situasi sebenar yang berlaku kepada peguam yang berada di bawah.
“Mungkin kerana mahu kejar karier membuatkan statistik ini terlalu diutamakan. Saya tidak mempertikaikan KPI, ia amat bagus tapi janganlah hanya bergantung kepada nombor semata-mata. Apa yang paling penting adalah keseimbangan untuk mendapatkan keadilan semua pihak.
“Apa yang penting isu ini perlu diberi perhatian sewajarnya oleh pihak berwajib kerana ia melibatkan sistem undang-undang kita,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa