Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 24, 2017

Bukan kecik anak punya jawatan, tapi........

Seingat saya, Siti Zailah ni dah jadi MP Rantau Panjang sejak 2008 lagi... Dan kalau tak silap saya, Kak Lah adalah Ketua Muslimat PAS Pusat, bukan kecik anak punya jawatan.
Sebelum ini saya tak pernah dengar Kak Lah ceramah atau berucap.... Saya duk ingat, kalau tidak sampai ke level macam Fuziah Salleh MP Kuantan pun, sekurang-kurangnya sama taraf dengan Zuraidah MP Ampang.... Kira ok lah.
Rupa-rupanya, bila dengar dia ceramah dalam isu pertikaian bangunan Wisma Tok Guru di Salor, o'aloh.... setaraf Mek Jarah yang jual kuih tepung gomok di pasar je.... bukan standard Ahli Parlimen lah kalu berkecek setara tu.
Kononnya dia jumpa sendiri dengan balu Dato' Rosli yang bernama Haripah.... Kak Lah cerita dalam ceramah : "Seorang Muslimah yang begitu besar jasanya.... memegang amanah arwah suaminya untruk menjaga tanah itu.... Dia sanggup tolak 1.2 juta, dan dia rela jual dengan harga 700 ribu sahaja, semata-mata untuk membantu perjuangan Islam...."
Demo ngepek bergapo gak, Kak Lah...... Berjasa besar apa..? Berjasa kepada siapa...? Tahu pun dia hanya pemegang amanah suami atas tanah itu, maknanya Kak Lah pun mengaku itu bukan tanah milik Haripah, dia hanya pemegang amanah..... Dah kalau hanya pemegang amanah, pasal apa dia jual tanah tu...? Berjasa besar apa kalau amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya pun dia jual...?
Kak Lah faham ke tidak apa yang Kak Lah sendiri cakap...? Jangan jadi macam Hadi Awang dah lah, dia sendiri tak percaya apa yang dia sendiri cakap, sebab dia sendiri tahu yang dia cakap tak betul, banyak bohong.
O'aloh Kak Lah.... tak padan dengan jawatan kalu berkecek tak tahu kepala ekor lagu tu.... Semalam Kak Lah tidak mahu mengundi untuk menolak kenaikan harga minyak dan barang keperluan lain..... huh, jadi wakil rakyat wat menate apo gak kalu makan gaji dan elaun buta macam tu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa