Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 14, 2017

Isu tudung: Pak Nazri dah mengamuk dah!

Nazri: Kurang ajar larang pekerja hotel bertudung

  | November 14, 2017
Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, larangan itu jelas bertentangan kebebasan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
KUALA LUMPUR: Menteri pelancongan dan kebudayaan menyifatkan tindakan hotel melarang pekerja wanitanya bertudung sebagai kurang ajar dan tidak bertanggungjawab.
Datuk Seri Nazri Aziz berkata, dasar itu jelas bertentangan kebebasan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Kurang ajar dan tidak bertanggungjawab. Kalau benar ini satu arahan, ia jelas melanggar Perlembagaan negara. Setiap negara mempunyai undang-undang tubuh, apa-apa aktiviti dilakukan haruslah tidak bertentangan.
“Adakah kalau telanjang dan berbogel itu lebih baik daripada bertudung jika duduk di kaunter? Kalau ada rakyat Malaysia hendak pertahankan, dia kurang ajar,” katanya selepas Majlis Pra Pelancaran Festival Kraf Antarabangsa Kuala Lumpur di Parlimen hari ini.
Baru-baru ini, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) dalam suratnya kepada media menggesa Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot menangani isu diskriminasi terhadap pekerja wanita Islam di bahagian perkhidmatan pelanggan.
Persatuan Hotel Malaysia turut mempertahankan larangan itu. Langkah itu dikatakan sebahagian polisi antarabangsa, bukannya diskriminasi. 
Mengulas lanjut, Nazri berkata, jika benar prosedur operasi standard (SOP) itu wujud, seharusnya ia dibantah persatuan dan pengusaha hotel kerana ia tidak sesuai diamalkan di negara bermajoriti Islam.
“Kalau datang ke negara orang, hormatlah sikit. Ini namanya diskriminasi, ia tidak boleh dilakukan atas apa-apa alasan, agama, bangsa dan lain-lain. Ia kena diprotes.
“Ini budaya kita (bertudung). Seramai 60% penduduk di Malaysia beragama Islam dan sudah tentu pakaian yang diamalkan 60% ini mengikut pakaian yang ditetapkan dalam agama Islam.”
Katanya, berdasarkan pengalamannya, kebanyakan hotel bertaraf 5 bintang dan terkemuka di dunia sentiasa menghormati hak asasi manusia, bahkan menghormati kebebasan beragama.
“Syarikat besar ini sememangnya syarikat yang kuat menekankan kesamarataan dan hak asasi manusia. Saya tidak fikir mereka akan kenakan syarat sedemikian, iaitu melarang seseorang mengenakan tudung.”
Beliau berkata, pihaknya tiada kuasa untuk menutup atau menamatkan operasi hotel yang menguatkuasakan larangan itu.
“Kita tidak pernah terima aduan. Tanggungjawab kita hanyalah beri penarafan bintang kepada hotel-hotel. Penarafan itu tidak dilihat berdasarkan pakaian, tetapi kemudahan yang ada.
“Soal memberi lesen itu terpulang kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Jadi, kena bertegaslah tidak boleh benarkan syarikat ini (melarang wanita Islam bertudung) beroperasi.”

2 comments:

  1. Itu baru hotel berbintang bagaimana pula nanti bila china menguasai di proton dan lain-lain lagi jika dikuatkuasakan pekerja wanita tidak dibenarkan menutup kepala atau aurat kita tunggu dan lihat jika sama-sama umur panjang Insya Allah.

    ReplyDelete
  2. Lagak gedebe. Tindakan habuk pun tak ada. Penang tak bising pun dah ambil buat keputusan bg mengatasi isu tersebut.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa