Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 20, 2017

Pendaftaran PH: Zahid cuci tangan

Pendaftaran PH, saya tidak campur tangan - TPM Ahmad Zahid
Harits Asyraf HasnanAstro Awani |  November 20, 2017 18:59 MYT
Pendaftaran PH, saya tidak campur tangan - TPM Ahmad Zahid
AHMAD ZAHID menegaskan beliau tidak akan campur tangan dalam hal operasi ROS. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau tidak akan campur tangan dalam hal operasi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap ROS berkata jabatan itu dan kementeriannya bertindak profesional dalam mengendalikan urusan.

"ROS akan bertindak profesional. Oleh kerana soal berkenaan merupakan soal operasi, biarpun ROS di bawah KDN, saya tidak meletakkan tangan saya (masuk campur) dalam mereka (ROS) membuat cadangan untuk menerima atau sebaliknya (menolak) berhubung permohonan Pakatan Harapan (PH).
Beliau mengulas kelewatan pendaftaran PH yang disebabkan masalah yang timbul dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP.

Ahmad Zahid bagaimanapun enggan mengulas mengenai dakwaan kononnya ROS sengaja melewatkan pendaftaran PH menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

Tegasnya, PPBM dan DAP perlu menyelesaikan dua isu utama melibatkan perlembagaan kedua-dua parti itu terlebih dahulu.

"PH masih belum menyelesaikan sepenuhnya laporan pemilihan semula CEC DAP. Oleh kerana itu ROS belum menerima laporan akhir dan senarai CEC yang terkini selepas pemilihan semula pada 12 November lalu.

"Di samping itu, perkara kedua adalah masalah PPBM iaitu kegagalan parti berkenaan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan sejak ia diluluskan pendaftarannya. PPBM juga telah memohon pindaan perlembagaan yang masih belum diluluskan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa