Najib, Rosmah lawat Anwar di HKL
Shafizan Johari, Astro Awani | Diterbitkan pada November 17, 2017 20:01 MYT
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor melawat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi.
Dalam muat naik ke akaun Facebook miliknya, Najib juga mendoakan agar Anwar cepat sembuh.
"Saya melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur hari ini. Beliau baru selesai menjalani pembedahan beberapa hari yang lalu. Semoga beliau cepat pulih," kata Najib.
Anwar dimasukkan ke HKL pada Rabu untuk menjalani pembedahan pada bahu kanannya.
HKL sebelum ini memaklumkan pembedahan itu dibuat ekoran kecederaan lama akibat kemalangan beberapa tahun lalu.
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari pada Jun 2008.
Shafizan Johari, Astro Awani | Diterbitkan pada November 17, 2017 20:01 MYT
NAJIB doakan Anwar Ibrahim segera sembuh. - Gambar Facebook Najib Razak
Dalam muat naik ke akaun Facebook miliknya, Najib juga mendoakan agar Anwar cepat sembuh.
"Saya melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur hari ini. Beliau baru selesai menjalani pembedahan beberapa hari yang lalu. Semoga beliau cepat pulih," kata Najib.
Anwar dimasukkan ke HKL pada Rabu untuk menjalani pembedahan pada bahu kanannya.
HKL sebelum ini memaklumkan pembedahan itu dibuat ekoran kecederaan lama akibat kemalangan beberapa tahun lalu.
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari pada Jun 2008.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa