Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 17, 2017

Dikacau LHDN lepas keluar Umno, masuk BERSATU?

'LHDN kacau saya lepas keluar Umno, masuk BERSATU'
Hafiz Yatim    Hari ini, 5:53 pm
Seorang bekas pemimpin bahagian mendakwa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberikannya masalah selepas menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bulan lalu.

Syed Kabeer Rifaee K Hamzah, 44, dari Ampang, berkata LHDN mengheretnya ke mahkamah selepas menyertai parti serpihan Umno itu pada 15 Oktober lalu.

“Sebelum ini saya tiada masalah dengan LHDN, malah jika saya bayar cukai lambat pun, LHDN sedia terima pembayaran yang dijadualkan.

“Saya terima panggilan dari seorang wanita, mendakwa daripada LHDN, yang beritahu saya supaya buat pembayaran berjadual, yang saya sebagai pembayar cukai yang bertanggungjawab setuju,” kata Syed Kabeer kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, kata pengusaha restoran di Ampang itu berkata, beliau terkejut apabila menerima surat LHDB awal bulan ini, bertarikh 27 Oktober, memberitahu prosiding terhadapnya dijalankan di mahkamah majistret pada 2 Oktober.

Syed Kabeer justeru tertanya-tanya sama ada tindakan itu mempunyai kaitan dengan penyertaannya dengan BERSATU kerana tidak pernah berdepan masalah itu ketika bersama Umno.

Syed Kabeer berkata beliau hadir ke prosiding di Bangi hari ini dengan diwakili peguam Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar.

Syed Kabeer dituduh tidak membayar cukai antara 2013 hingga 2016. Beliau bagaimanapun berkata kebiasaannya membayar cukai kira-kira RM8,000 setahun kepada kerajaan.

Mahkamah Majistret hari ini mengarahkannya memberikan cadangan untuk membayar baki tertunggak RM46,0000 sebelum 26 Disember, yang juga tarikh pengurusan kes.

Syed Kabeer juga berkata menggunakan tempat makannya untuk mendaftarkan menjadi anggota BERSATU dan mendapati terdapat pihak tidak dikenali mengambil gambar itu.

Beliau juga mendakwa sukar memperbaharui permit pekerja-pekerja asing yang berkhidmat dengannya.

Beliau menyertai Umno sekitar tahun 1980-an, kata Syed Kabeer.

Enam bulan lalu, Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terdapat rakan-rakannya yang menjadi sasaran LHDN.

Malah, syarikat tiga anak Mahathir – Mirzan, Mukhriz dan Mokhzani – telah diserbu LHDN pada Ogos lalu.

LHDN menafikan ia bermotifkan politik.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa