Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 10, 2017

KWSP: Ini pun satu cerita pelik juga......

Suami bingung akaun KWSP isteri dikongsi pencarum tak dikenali
TMI · Diterbitkan pada 9 Nov 2017 5:40PM
Malah, lelaki itu mendakwa penama waris dalam akaun KWSP isterinya itu juga tertera nama lelaki berkenaan sedangkan sebelum ini isterinya meletakkan nama beliau dan anak lelakinya sebagai waris. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 November, 2017.

SEORANG lelaki berusia 70-an bingung berikutan nombor akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik isterinya dikongsi seorang pencarum lelaki.

Yong Kim Leong,  Ketua Kampung Broga berkata kejadian itu disedari isterinya, Tan Swee Gek, 55, semasa mengemas kini akaunnya di KWSP Kajang, Selangor pada 1 November lepas.

Malah, lelaki itu mendakwa penama waris dalam akaun KWSP isterinya itu juga tertera nama lelaki berkenaan sedangkan sebelum ini isterinya meletakkan nama beliau dan anak lelakinya sebagai waris.

“Pihak KWSP telah meminta isteri saya untuk mengisi borang pindaan maklumat ahli. Jadi saya telah berbincang dengan isteri saya untuk keluarkan semua simpanan memandangkan isteri telahpun mencapai umur 55 tahun.

“Namun ia tidak dibenarkan pegawai KWSP memandangkan terdapat satu lagi nama lain. Buntu dengan keadaan ini saya berjumpa dengan Siow Koi Voon, Ketua MCA Bahagian Seremban untuk meminta bantuan. Ini sepatutnya tidak berlaku,” katanya dalam sidang media di Wisma MCA Negeri Sembilan di Seremban, hari ini yang turut dihadiri Siow.

Sementara itu, Siow berkata perkara itu telahpun dimaklumkan kepada Timbalan Menteri Kewangan Lee Chee Leong yang juga Naib Presiden MCA pada 5 November lepas bagi membantu pasangan itu.

“Pada Selasa lepas pembantu khas timbalan menteri kewangan memaklumkan perkara itu terjadi disyaki terdapat kesilapan ketika proses pengisian data peribadi pelanggan di dalam komputer. Mungkin kakitangan terbabit tidak sengaja memasukkan data yang salah. Bagaimanapun kami akan bantu selesaikan perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Siow menasihatkan pencarum KWSP khususnya yang telah lama tidak mengemas kini data peribadi agar berbuat demikian bagi memastikan tiada masalah timbul ketika proses tuntutan kelak. – Bernama, 9 November, 2017.

1 comment:

  1. Oleh karna warga tionghua pegawai kwsp mengkotakatiknya hak mereka pengkongsian pencarum tidak dikenali jarang berlaku pegawai terbabit termasuk data maklumat Salah itu alasan yang tidak boleh dipandang remeh.. Cuba anda bayangkan jika sipencarum meningal apa akan berlaku? ataupun keluarganya melalui satu tragedy yg tragis yg menuntut org yg tidak dikenali adakah ianya mustahil? ianya bukan perkara yang mustakhil dinegara penyamun ataupun kerajaan cuba mewujudkan halimunan penama yang tidak wujud?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa