Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 16, 2017

Dah dua tahun Bas Dua Alam yang ditempah Terengganu belum dapat - Penjelasan MB digesa

MB Terengganu digesa bagi penjelasan kelewatan terima bas Amphicoach
MALAYSIA DATELINE  -  November 16, 2017 10:25 am
Menteri Besar Terengganu digesa memberi penjelasan sama ada pembelian bas Amphicoach (bas dua alam) dibuat secara terus oleh Kerajaan Negeri Terengganu dengan syarikat pembekal tersebut melalui agensi kerajaan tertentu atau kerajaan negeri telah melantik syarikat perunding swasta untuk menguruskan pembelian bas ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Gambar atas) berkata, Datuk Seri Ahmad Razif perlu menyatakan jumlah sebenar wang kerajaan negeri Terengganu yang telah dibayar kepada syarikat pembekal tersebut bagi pengetahuan rakyat Negeri Terengganu.

“Hal ini sangat penting diberi penjelasan secara terbuka untuk pengetahuan seluruh rakyat Negeri Terengganu.

“Ini kerana telah beberapa kali janji yang ditaburi oleh pihak kerajaan kepada seluruh rakyat negeri Terengganu bahawa bas dua alam ini akan tiba di Negeri Terengganu pada 2015 namun hingga kini bas tersebut tidak kunjung tiba,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman

Beliau mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman  pada 12 November lalu yang telah memberi kata dua kepada pembekal Bus Amphicoach” (Bas Amfibia) untuk membuat penghantaraan kenderaan berkenaan selewat-lewatnya hujung bulan ini (November) atau berdepan dengan tindakan saman daripada Kerajaan Negeri Terengganu.

Menurut Syed Azman lagi, mengapa pada November Ahmad Razif membuat keputusan untuk memberi kata dua kepada pihak pembekal bas amphicoach.

“Malahan menteri besar sendiri telah membuat kenyataan terbuka pada Mac lalu bahawa bas tersebut akan tiba pada Jun 2017.

“Apakah hal ini sesuatu yang boleh dianggap remeh walhal kos pembelian seunit bas mencecah RM3juta sebuah yang mana kos tersebut melibatkan penggunaan wang rakyat?”,soalnya.

Kata Syed Azman lagi, urusan pembelian bas amphicoach ini telah diselenggarakan melalui Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan & Kebudayaan Negeri Terengganu.

Malah katanya, pihak kerajaan negeri juga telah mengadakan lawatan ke kilang bas yang dihasilkan di Malta itu pada tahun 2014.

Manakala kos pembelian berdasarkan harga kilang setiap sebuah bas itu menelan belanja kira-kira 600,000 euro atau kira-kira RM3 juta sebuah.

“Dalam satu kenyataan pada 18 Mei 2015, Datuk Mohd Jidin Shafee memberi jaminan bahawa kenderaan bas amfibia (amphicoach) yang telah ditempah pada tahun 2014 bagi kegunaan pelancongan selain membantu menyelamatkan mangsa banjir dijangka diterima akhir Ogos 2015.

“Begitu juga dengan jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh pihak exco kerajaan negeri setiap kali hal ini ditimbulkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri.

“Perinciannya bersifat ‘kabur’ dan tidak dapat menjelaskan kedudukan sebenar status bas yang telah dibeli pada tahun 2014 itu hingga kini,” terangnya.

Pembelian bas amphicoach ini diilhamkan bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang mahu bas ini digunakan untuk membawa pelancong ke beberapa tempat menarik sekitar bandar sebelum menyusuri Sungai Terengganu selain untuk menghadapi musim tengkujuh ia boleh digunakan untuk memindahkan penduduk terjejas banjir di kawasan yang tidak berarus deras ke tempat yang lebih selamat.

Kenderaan tersebut adalah buatan Malta yang dapat digunakan di darat dan di air. Kenderaan berbentuk seperti bas itu mampu memuatkan 50 orang penumpang pada satu masa dengan kelajuan mencecah lapan knot di dalam air.

Sebelum ini Syed Azman telah membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Kuala Terengganu mengenai ‘kehilangan’ bas dua alam ini pada Mac lalu.

Tambah Syed Azmin lagi, mungkin jumlah ini (RM6juta) di anggap kecil oleh sebahagian pentadbir kerajaan, namun belum beliau mempersoalkan mengenai kepincangan dan ketirisan yang sedang berlaku di negeri Terengganu.

Antaranya yang disebut berkaitan Taman Ilmu (RM400juta); kawasan Bebas Cukai di Kenyir (lebih RM500juta);pembelian ladang kelapa sawit di Kalimantan (RM400juta) dan beberapa lagi projek di rancang dan masih terbengkalai di bawah perlaksaaan oleh kerajaan negeri.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa