Peguam V K Lingam dipenjara 6 bulan hina mahkamah
Peguam yang menjadi tumpuan dalam skandal mengatur penghakiman mahkamah 10 tahun lalu, didapati bersalah kerana menghina mahkamah.
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 6 bulan ke atas peguam, Tan Sri V K Lingam kerana menghina mahkamah dengan mendakwa panel itu menciplak penghakiman dalam satu kes komersial.
Lingam tidak hadir di mahkamah apabila keputusan itu dibacakan Tan Sri Abu Samah Nordin yang mempengerusikan panel 5 hakim.
Terdahulu, Lingam memohon untuk membatalkan kelayakan 6 hakim mendengar kesnya atas alasan berat sebelah.
Mereka adalah Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Abu Samah, Tan Sri Ramly Ali, tan Sri Azahar Mohamed, Tan Sri Balia Yusof Wahi dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha. Suriyadi sudah bersara.
Lingam yang terbabit dalam kes mengatur penghakiman oleh sebuah suruhanjaya diraja pada 2007, tidak hadir ke mahkamah sejak 2013 atas tuduhan menghina mahkamah.
Lingam yang terbabit dalam kes mengatur penghakiman oleh sebuah suruhanjaya diraja pada 2007, tidak hadir ke mahkamah sejak 2013 atas tuduhan menghina mahkamah.
Lingam bagaimanapun tampil mewakili sebuah keluarga dalam satu saman sivil.
Susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2012 yang tidak menyebelahi anak guamnya, Lingam memfailkan semakan kehakiman atas alasan penghakiman itu diciplak.
Lingam bersama 24 ahli keluarga itu dan seorang lagi peguam, T C Nayagam didakwa menghina mahkamah kerana mendakwa seorang hakim memplagiat penghakimannya dalam kes Kian Joo Can Factory.
Ahli keluarga terbabit dan Nayagam mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan didenda.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa