Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 30, 2017

Iran kepada Saudi: Selesaikan dulu masalah dalaman sendiri sebelum campuri urusan luar

Tehran gesa Arab Saudi cermin diri sebelum mahu jadikan Iran 'kambing hitam'
Agensi | Diterjemahkan oleh: Syah Hairizal Kamalul Arifin
Diterbitkan pada November 29, 2017 19:32 MYT
Hassan berkata dengan menjadikan Iran sebagai 'kambing hitam' dalam segala permasalahan bukan jalan penyelesaian terbaik buat Riyadh. - Gambar fail

TEHRAN: Iran dakwa Arab Saudi cuba menutup keburukan Riyadh dengan menimbulkan kekeruhan dalam kalangan negara-negara Arab.

Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata Riyadh juga telah gagal dalam usahanya di Yaman dan di beberapa negara rantau itu.

Hassan berkata dengan menjadikan Iran sebagai 'kambing hitam' dalam segala permasalahan bukan jalan penyelesaian terbaik buat Riyadh.

"Arab Saudi perlu terlebih dahulu berusaha untuk menyelesaikan dua masalah itu sebelum mencari alasan untuk menjadikan Iran sebagai 'kambing hitam'.

"Pertama Riyadh perlu menyedari kesilapan yang dilakukan di Qatar, Iraq, Syria dan baru-baru ini di Lubnan.

"Kedua, masalah dalam negerinya, Arab Saudi sedang menghadapi masalah dalaman,jadi mereka perlu meyelesaikan isu terbabit sebelum mencampurinya dengan urusan luar," jelas Hassan Rouhani dalam satu temubual yang disiarkan di televisyen pada rabu.

Sebaliknya Arab Saudi digesa menyelesaikan dua isu utama itu terlebih dahulu sebelum menjadikan Iran sebagai seteru.

Kedua-dua negara kuasa besar terbabit telah bertelingkah sejak sekian lama terutama isu yang melibatkan fahaman sunni dan syiah hingga membawa kepada kemudaratan seperti di Qatar, Yaman, Syria dan Lubnan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa