Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 22, 2017

'derita dalam senyap'

Larangan bertudung: Lelaki Sikh berturban juga 'derita dalam senyap' - Nazri
Harits Asyraf HasnanAstro Awani |  November 22, 2017 17:59 MYT
Larangan bertudung: Lelaki Sikh berturban juga 'derita dalam senyap' - Nazri
Mohamed Nazri pada masa sama melahirkan kekesalan kepada Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang gagal memberi penerangan kepada rangkaian hotel antarabangsa dalam isu ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bukan hanya wanita Islam bertudung, malah lelaki beragama Sikh yang memakai turban turut mengalami nasib sama apabila turut dilarang menganuti dan mengamalkan ajaran agama yang dianutinya.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata ia merupakan antara contoh diskriminasi yang dihadapi rakyat Malaysia yang memohon pekerjaan di kaunter hadapan sektor perhotelan.

"Ini bukan soal (permasalahan) kepada orang Islam sahaja. Yang Berhormat pernah tengok tak lelaki beragama Sikh kerja di kaunter yang pakai serban (turban)?
"Anda hendak kerja di kaunter, tak boleh pakai serban, boleh ke saya kata begitu?' Tak boleh," katanya semasa sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet 2018) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menyifatkan berlaku pelanggaran kepada Perkara 3, Perkara 8 (2) dan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan di mana ia secara tidak langsung telah menafikan hak individu di negara ini.

Mohamed Nazri pada masa sama melahirkan kekesalan kepada Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang gagal memberi penerangan kepada rangkaian hotel antarabangsa dalam isu ini.

"Dia (pengusaha hotel antarabangsa) datang negara kita, dia tidak tahu (Perlembagaan), mungkin dia tak faham budaya tetapi jadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk bagi tahu kepada mereka bahawa apa yang kamu laksanakan dan yang kamu nak kami laksanakan di negara ini tidak boleh.

"Tidak boleh buat. Perlembagaan tidak membenarkan. Takkan itu pun kita sebagai rakyat Malaysia tak boleh bagi tahu? Ia tidak berpelembagaan," ujarnya.

1 comment:

  1. Appreciating the dedication you put into your website and
    detailed information you provide. It's great to come across a blog
    every once in a while that isn't the same old rehashed material.
    Fantastic read! I've saved your site and I'm including your RSS feeds to my Google account.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa