Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 28, 2017

Apakah pula SPR akan cakap untuk menyokong kenyataan Timb. Menteri itu

Johari pertahan pengundi tentera di kem belum siap
mk      Hari ini, 8:30 am
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Mohd Johari Baharum semalam mempertahankan kewujudan 1,051 pengundi tentera di kem Segamat, yang masih dalam pembinaan.

Beliau berkata pengundi tentera boleh ditempatkan di situ walaupun kem tersebut hanya akan siap pada pertengahan tahun 2018.

Dalam perbahasan debat Belanjawan 2018 semalam, Johari menyebut contoh lain di mana rejimen tentera diletakkan di sempadan di Sarawak meskipun kem belum siap.

Dalam keadaan sedemikian, katanya, anggota tentera yang ditempatkan di sana bertugas di sekitar kawasan itu.

Dalam kes lain, beliau mendapati terdapat pengundi tentera perlu menyewa rumah berhampiran.

Johari berkata demikian ketika digesa oleh beberapa ahli parlimen pembangkang termasuk Anthony Loke (DAP-Seremban), Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) dan V Sivakumar (DAP-Batu Gajah) .

Mereka membangkitkan persoalan itu selepas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mendaftarkan pengundi di kem itu selepas menerima permohonan daripada tentera.

* Ini hanya perencana dan perancang penipuan manusia.......namun kita akan dapat lihat pula perancangan Allah yang Maha Bijak nanti

1 comment:

  1. Buatlah kerja kotor wahai SPR gaji yang kamu terima itu adalah haram dan kamu beri makan anak bini kamu juga adalah haram ingat deo'a dari yang kena zalim itu tiada hilab dari Allah kamu tunggulah jika UMNO kalah tahulah nasib kamu semua wahai kaki tangan S{R sekelian/

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa