Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 11, 2017

Peguam Negara arah siasat lagi kes ketua SPRM, kata KPN

Melati A. Jalil, Jason Santos  · Diterbitkan pada 11 Nov 2017 3:35PM
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad kini berada di tengah-tengah kontroversi selepas klip video yang mendakwa beliau bercuti dengan seorang wanita yang bukan isterinya di Bali tersebar. – Gambar The Malaysian Insight, 11 November, 2017

SIASATAN polis terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dzulkifli Ahmad berhubung dakwaan hubungan sulit dengan wanita yang sudah berkahwin masih berjalan, dengan kertas siasatan dihantar dua kali kepada Jabatan Peguam Negara, kata Ketua Polis Negara hari ini.

Mohamad Fuzi Harun berkata polis telah menghantar kertas siasatan pada 17 Oktober dan sekali lagi pada 30 Oktober dan akan melakukan kali ketiga selepas jabatan itu menyerahkan kembali kertas terbabit kepada mereka untuk maklumat lebih lanjut.

"Kertas siasatan dihantar semula kepada kami sekali lagi kerana banyak langkah susulan yang perlu diambil sebelum boleh menghantar semula kertas itu," katanya sidang media selepas melawat pusat latihan Unit Tindakan Khas di Cheras hari ini.

Dzulkifli kini berada di tengah-tengah kontroversi selepas klip video yang mendakwa beliau bercuti dengan seorang wanita yang bukan isterinya di Bali tersebar.

Polis kini menjalankan siasatan di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan kerana menggoda wanita yang sudah berkahwin.

Beliau bagaimanapun tidak mengesahkan namun tidak menafikan lelaki dalam klip video berkenaan adalah dirinya dan hanya berkata beliau tidak akan tunduk dnegan "taktik kotor".

Dzulkifli meneruskan tugasnya di Sabah hari ini, menghadiri sesi ceramah kepada pelajar mengenai Membanteras Rasuah dan Penyalahgunaan Kuasa di sebuah universiti di Kota Kinabalu.

Beliau turut mengumumkan Ops Armada kedua akan dijalankan ke atas sindiket penangkapan ikan haram di Malaysia tidak lama lagi. 

Beliau juga berkata SPRM akan ke sekoah rendah dan menengah bermula tahun depan untuk meingkatkan lagi kesedaran mengenai salah laku rasuah dan penyelewengan dalam kalangan kanak-kanak.

Pada program itu hari ini, Dzulkifli bagaimanapun enggan mengulas soalan sama ada beliau diberi tekanan untuk meletakkan jawatan di SPRM.

Beliau hanya mengangkat tangan kepada soalan berkenaan sebagai tanda enggan mengulas lanjut.

Dipercayai terdapat segelintir pemimpin Umno yang kurang senang dengan kepimpinan Dzulkifli dalam SPRM yang kini giat menjalankan serbuan ke atas kes besar, sementara akhbar Utusan Malaysia berkata serangan ke atas Dzulkifli berkemungkinan berpunca daripada serbuan agensi anti rasuah itu ke atas pusat judi. – 11 November, 2017.

1 comment:

  1. mana dia mahuj terus terima proxy dia sebab kenaikan pangkat keduanya adalah atas saling membantu dan sentiasa menutp apa saja isue tentang UMNO dan najib panglima bugis tu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa