Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 8, 2017

Kuda pilihan Husni......

HUSNI PERLU IKUT 'KUDA' BEBAS RASUAH, BUKAN BAPA 'KUDA' RASUAH

Kenyataan Media | 7 November 2017

Tindakan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membuat pusingan U dalam kenyataannya berhubung isu rasuah amat meragukan. Dahulunya beliau lantang mengkritik skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kini beliau pula yakin Malaysia akan mencapai tahap rasuah sifar di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib.

1. Kedangkalan Ahmad Husni menunjukkan bahawa beliau seolah-olah tidak melihat realiti yang berlaku ketika ini. Bagaimana Malaysia boleh sifarkan kadar rasuah sedangkan perasuah nombor satu negara, Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri Malaysia sendiri terpalit dengan pelbagai isu rasuah, penyelewengan dan ketirisan. Satu dunia sudah menjaja fakta ini.

Berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2016, pencapaian Malaysia semakin merosot daripada tangga 54 kepada 55 daripada 176 buah negara. Malah sehingga kini masih lagi banyak rasuah yang tidak diambil tindakan.

Kalau Husni mahu ikut 'kuda' biarlah 'kuda' yang bersih dan telus, bukannya 'kuda' rasuah, makan harta rakyat.

2. Apa yang kita dapat lihat, tindakan hanya diambil terhadap 'ikan bilis' sahaja, manakala 'jerung' dilepaskan. Kebanyakkan gejala rasuah ini berpuca dari pemimpin atasan dan menjadi ikutan orang bawahan. Sudah tentu orang bawahan ini akan fikir sekiranya ketua mereka boleh buat, sudah tentu mereka juga boleh.

Sebagai contoh kes songlap RM100 juta dibawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Sehingga sekarang yang 'meluluskan' rasuah itu masih belum ditangkap.

Malah, pegawai yang terlibat dalam kes ini juga hanya ditahan reman, diambil keterangan dan sudah dibawa ke mahkamah. Namun, keputusan kes atau tindakan selanjutnya bisu tanpa sebarang berita, tiada apa-apa tindakan yang diambil dengan tegas.

Perkara ini jelas bahawa gejala rasuah yang berlaku itu membuktikan atau mencerminkan petanda tatakelola dan pengurusan buruk oleh kerajaan pusat.

3. Rakyat mahu melihat pihak berkuasa mengambil tindakan dengan telus terutamanya terhadap orang atasan agar disiasat dan dihadapkan ke muka pengadilan. Media sering melaporkan kerugian negara akibat dari rasuah. Dalam sebuah negara yang kecil seperti Malaysia, perkara ini amat membimbangkan.

4. Kalau benar-benar gejala rasuah hendak dibanteras secara serius, saya menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tangkap bapa segala rasuah atau Malaysia Official 1 (MO1) yang jelas melakukan rasuah.

Selepas itu,  mungkin rakyat boleh yakin dan percaya dengan integriti yang ditunjukkan oleh SPRM sepertimana janji PH untuk menangkap MO1 dalam 100 hari.

5. Sekiranya gejala rasuah ini berleluasa dalam negara, ia akan menyebabkan Malaysia semakin merosot dari segi ekonomi berbanding rakan-rakan negara Asia Tenggara yang lain.

Dato' Johari Abdul
Ahli Parlimen Sungai Petani
Parti KEADILAN Rakyat

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa