Pas tuduh orang di luar Pas jahil isu bai’ah
ARIF ATAN - November 28, 2017 12:59 pm
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim menyelar pihak di luar partinya yang tidak memahami isu bai’ah calon pilihan raya Pas sebagai “menampakkan kejahilan diri sendiri”.
Menurutnya, pihak berkenaan tidak harus memperkatakan hal berkaitan janji sumpah setia untuk taat kepada parti itu.
Tegas bekas calon Pas bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi berkenaan, isu bai’ah adalah urusan Pas dan ahli parti tersebut akan berpendirian konsisten dengan lafaz sumpah itu.
Reaksi pemilik Klinik Gigi Dr Azman di Bandar Baru Kubang Kerian, Kota Bharu itu dilihat ekoran keputusan wakil rakyat Pas Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah menyertai Bersatu kelmarin.
“Orang yang berada di luar parti, tak perlu berbicara soal bai’ah calon Pas. Ini urusan Pas dengan mereka yang pernah melafazkan bai’ah dengan nama Allah.
“Orang lain tak terlibat tak akan faham. Maka bila tak faham, lebih baik diam dari bercakap isu yang akan menampakkan kejahilan diri sendiri,” katanya.
Dr Azman menyifatkan ahli Pas takut kepada Allah bukannya kerana orang lain memandangkan lafaz bai’ah mereka dengan nama Allah.
“Berbai’ah dengan nama Allah bermakna akhirnya segala urusan diserahkan kepada Allah.
“Kami yang berbai’ah dan terus kekal istiqamah di sini (dalam Pas) adalah kerana kami takut kepada Allah. Bukan kerana manusia.
“Teguh pendirian yang kami pegang kerana kami diikat dengan suatu perjanjian yang dilafazkan dengan nama Allah,” jelas Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas Terengganu itu lagi.

Pemimpin PAS sekarang sudah gila meroyan oleh kerana kebanyakan orang berpengaruh telah mula sedar akan kepincangan pipmpinan tok lebai hadi awang hinggakan tidak tahu nak membezakan taat pada pemerentah dengan taat pada parti ketaatan itu pun hanya terpakai jika pemerentah tidak menzalimi rakyat tapi apa yang kita saksikan sekarang sebaliknya hinggakan saban hari rakyat mengeluh dengan kepayahan hidup harian dek kerana pemerentah membisu dengan keluhan rakyat tapi PAS pula asyik sebok dengan ketaatan ahli dengan mengunakan agama sebagai alasan dan menyalahkan rakyat yang kononnya tidak faham bab bai'ah wahai PASrakyat diluar sana bukannya bodoh dan jahil murakap macqam pemimpin PAS yang bercakap tapi tidak mengamalkan apa yang dikatakan oleh kamu yang mengaku alim sebaliknya mennunjikan tauladan yang buruk pada rakyat
ReplyDeleteSoal baiah tu hangpa dah peralatkan islam. Sbb tu lah cendiakawan dan ulamak islam yg kat luar yg lebih bijak kena campur. Biarkan ularmak pas hancur islam. Kalau soal parti pas je mampos pilah hangpa nk terjun lubuk ke.
ReplyDeleteYe benar issue bai ah satu akujanji dgn nama kalimah pada calon pas yg bertanding adil saksama perihatin dan mengangkat permasalahan Rakyat sebagai satu keutamaan dan permasalahan perundangan syariah tapi bisa terbatal jikalau wakil calon mendapati ada unsur unsor keraguan dan tindakan sebahagian pemimpin parti membelakangkan soal akidah membuat satu keputusan Tampa perbincangan menerima arahan pemimpin tertingi sebagai suara vito tampa adanya majlis muzakaroh dan perbincangan mekiputi issue yg berbangkit rata rata pemimpin pas lmah mendisplinkan dri doa doa hiyanat untuk memburukan rakan caci maki yg takperlu dicontohi oleh sebuah gagasan islamiah dimana manamanapun jadi pas mencontohi siapa dari sudut politics pas mengamalkan politics yg tidak matang dan tidak ada kemahiran membazakan yg mana satu minyak dan yang mana satu air sumpah baiah sumpah yg mudarat yg mengoncang sebuah intitusi kekeluargaan Dan jika melangar baiah atas urusan yg lebih baik nawaitu yg baik dan alasan yg boleh diterima pakai tidak menjadi kesalahan Allah tahu Akan tiap sesuatu dan tertubuhnya amanah sebagai parti serpihan dri pas anak didik pas membentuk satu pasukan strategy politics Islam yg berjiwa Besar dan matlamat yg bermatlamat sebagai parti induk pas berkerjasama kebanyakan pemimpin amanah berwajah pas pertikaian tentang baiah bersifat semantara Akan datang soal yg mustahir tak mustahir Akan berlaku segalanya dlm strategy.. Moga dipermudahkan segala urusan
ReplyDeleteAllah benci perceraian walaupun halal. Bencinya Allah pada perceraian... tapi Pas pula suka.
ReplyDeleteJauhnya beza perjanjian baiah Syaitan dan nafsu Pas dengan Perjanjian dengan Allah SWT...