Guan Eng tetap anggap arahan pemilihan semula CEC tidak masuk akal
Bagaimanapun parti itu akur dengan arahan JPPM sekaligus patuh kepada undang-undang, kata setiausaha agung DAP.
SHAH ALAM: Meskipun bersetuju mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) hari ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tetap menyiasatkan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) tidak masuk akal dan menganiayai parti.
Lim berkata parti bagaimanapun akur dengan arahan itu sekaligus mematuhi undang-undang.
“Kita berada di sini hari ini untuk satu sebab sahaja iaitu kerana JPPM telah memaksa kita mengadakan pemilihan baru untuk CEC DAP. Sebagai parti yang patuh kepada undang-undang, kita telah pun mengkaji isu itu secara sah dari sudut perundangan.
“Kita membuat kesimpulan bahawa kita akan akur dengan tuntutan JPPM walaupun keputusan pihak JPPM itu pelik, tidak masuk akal dan sepatutnya tidak perlu dilaksanakan sama sekali. Ini adalah penting kerana DAP diancam dengan kemungkinan dibatalkan pendaftarannya sebagai sebuah parti yang sah,” katanya dalam ucapan pembukaan di Kongres Khas CEC DAP di IDCC Shah Alam hari ini.
Guan Eng merasakan partinya tidak dilayan dengan adil kerana tidak pernah dalam sejarah sebuah parti mengadakan pemilihan jawatankuasa pusat 3 kali iaitu pada 2012, 2013 dan 2017 menggunakan senarai wakil yang sama.
“Hari ini kita akan mengundi untuk memilih CEC bagi penggal 2012 pada tahun 2017 sedangkan tempoh penggal tersebut hanyalah 3 tahun sahaja, ini sangat karut.
“Kita harap selepas ini, pemilihan kali ini, kita harap JPPM tidak minta kita buat pemilihan lagi,” katanya.
Guan Eng menambah pemilihan kali ini juga pelik apabila JPPM mengenakan peraturan ketat dengan membenarkan hanya pewakilan sahaja dibenarkan hadir dan melarang ahli parti untuk menjadi pemerhati, lantas mematikan demokrasi dalam pemilihan DAP kali ini.
“Kita perlu sedar bahawa, banyak ahli parti tidak dapat hadir Kongres Khas hari ini kerana JPPM telah menghadkannya untuk perwakilan sahaja. Tiada demokrasi, tiada penyertaan; ia seperti menonton permainan bolasepak di dalam sebuah stadium tanpa penonton,” katanya sambil memaklumkan notis singkat diberi kepada parti untuk mengadakan pemilihan semula dalam tempoh 2 minggu.
Pada 17 Julai lalu, DAP menerima surat daripada JPPM mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC).
Arahan dikeluarkan berikutan JPPM belum menerima dan mengiktiraf pemilihan parti yang dijalankan DAP pada 15 Disember 2012 dan pemilihan semula pada 29 September 2013.
JPPM turut mengarahkan DAP menggunakan semula senarai perwakilan DAP seramai 2,576 orang pada 2012 ketika sesi pemilihan kali ini.
Pemilihan semula DAP diuruskan firma audit bebas, Grant Thornton yang bertindak sebagai pegawai pengurus pilihan raya dan pemilihan firma antarabangsa itu sudah dipersetujui JPPM.
First of all I want to say superb blog! I had a quick question in which I'd like to ask if you don't mind.
ReplyDeleteI was curious to know how you center yourself and clear
your head prior to writing. I have had a difficult time clearing my mind in getting my ideas out.
I do enjoy writing but it just seems like the first
10 to 15 minutes tend to be wasted simply just trying to figure out how to begin. Any suggestions or tips?
Cheers!
Ⲏello, just wantᥱd to say, I loved this
ReplyDeletepost. It was pгactical. Kᥱep on posting!