Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 5, 2014

Ada Aku Kisah: Walau Pun Siapa Di Kerusi Tu Sama Saja!

Tahniah ler...Abang Johari
Taib nak kasi peluang orang lain pula akan kaya dan berkuasa
Rakyat Sarawak juga yang kedana
Apa pun orang lain jangan soal kerana itu pilihan mereka
Korang baca : Aset anak Taib Mahmud bernilai RM1.4 bilion, dedah akauntan berdaftar

Taib Mahmud dijangka umum bersara?
mk - 1:29PM - 5 Feb 2014
Selepas 33 tahun menjadi ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka memaklumkan keputusan melepaskan jawatannya dan bersara dari arena politik dalam mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sabtu ini.

Laporan Berita Harian memetik sumber berkata ini diikuti mesyuarat khas bersama semua ahli parlimen dan ADUN BN Sarawak pada keesokkan harinya.

Bagaimanapun, laporan itu menyebut tidak dapat dipastikan sama ada Abdul Taib, 78, akan terus membuat pengumuman selepas dua mesyuarat berkenaan atau menunggu tarikh sesuai sebelum 28 Februari ini.

"Dua pertemuan ini memang mesyuarat luar biasa dan sudah pasti sesuatu yang besar akan berlaku," kata sumber seperti yang dilapor dalam akhbar itu.

Laporan itu juga menyebut, Abdul Taib sendiri telah menyatakan hasrat berundur pada pilihan raya negeri 2011 dan menyifatkan pilihan raya itu adalah yang terakhir baginya.

Sementara itu, akhbar itu juga memetik satu lagi sumber menyebut bakal pengganti Abdul Taib telah diputuskan.

Antara yang dikaitkan adalah Menteri Tugas-tugas Khas, Tan Sri Adenan Satem; Menteri pelancongan dan Perumahan Datuk Amar Abang Johari Openg dan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Sementara itu Bernama melaporkan Abang Johari enggan diseretkan dalam spekulasi bahawa beliau antara pemimpin parti itu yang bakal menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Presiden PBB dan Ketua Menteri Sarawak.
    
Beliau mengesahkan satu mesyuarat khas majlis tertinggi PBB akan diadakan pada Sabtu ini, namun enggan mengulas sama ada Abdul Taib akan mengumumkan keputusannya untuk bersara pada mesyuarat itu.
    
"Anda yang cakap (mengenai persaraan Abdul Taib) sebagai spekulasi. Saya tidak boleh ulas spekulasi itu," katanya kepada pemberita ketika ditanya laporan muka hadapan akhbar Berita Harian bahawa Abdul Taib akan mengumumkan persaraannya sebagai Ketua Menteri sebelum penghujung minggu ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa