Heran sungguh aku
Kenapa ramai yang terasa?
Terkena di batu kepala ke?
Ikhlas atau bodek?
Siapa yang lebih 'jengkel, loya, jijik'?
Di dalam membela dan mengampu tanpa sedar dia pula yang pecahkan tembelang!
Shabery: Video Teresa 'jengkel, loya, jijik'
mk - Feb 4, 201
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berpendapat video Tahun Baru Cina Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok menjengkelkan dan tidak padan dengan statusnya sebagai seorang wakil rakyat.Menurutnya, kandungan video itu berpotensi mengundang tindak balas lebih bahaya daripada rakyat Malaysia, mencetuskan banyak kemarahan dan menggugat kemakmuran negara.
"Bagi saya ia menjengkelkan, lebih meloyakan, lebih menjijikkan - itu istilah yang patut saya katakan.
"Ia akan mengundang bukan sahaja banyak orang marah, banyak laporan polis dan sebagainya," katanya pada sidang media tengah hari ini.
Dalam video yang dimuatnaik di laman web beliau Isnin lalu, Kok memainkan watak sebagai hos dalam acara bual bicara dengan menemuramah panel pakar tentang apa yang diharapkan dalam Tahun Kuda.
Mereka yang melakonkan pakar itu ialah - Brother Wai, lelaki mudah tersentuh dan mengalirkan air mata; Puan Jit, wanita gemuk berambut besar yang suka barang kemas dan beg tangan, dan Cik Yan Yan, pakar dalam pelancongan dan Feng Shui.
Nasihat pakar-pakar tersebut antaranya melibatkan beberapa isu termasuk keselamatan, kekayaan, pendidikan dan ekonomi, menjadi topik dengan anekdot biasa kepada rakyat Malaysia .
Antara lain, merujuk kepada cincin berlian, beg tangan berjenama dan hartanah di New York dan juga beberapa bahan berita lain yang berkaitan pelancongan dan pendidikan vernakular.
Walaupun tidak secara langsung, penonton video 'Onederful Malaysia CNY 2014' Kok mungkin mengaitkan ini kepada kegemaran Rosmah membeli barangan mewah dan pembelian pangsapuri oleh Riza Shahriz Abdul Aziz di New York bernilai RM100 juta.
kalau ia pun kenapa nak marah? semua rakyat dah tahu perangai dan sikap rosmah rupa itu, tak ada rakyat nak terasa hati dalam hal ini, kalau ada pun macai-macai pengampu najib dan umno saja (komponen bn pun bencikan sikapnya tapi apa nak kata ........)
ReplyDeleterasa-rasa nya kalau rakyat tengok jijik dan meloya melihat banyaknya air lior bersembor. maaflah, nak mengampu biar bertempat.
ReplyDeletepembodek & pengampu totok bueh menyalak !ABU !
ReplyDeleteBhai MountDweller..
ReplyDeleteSelagi kat Kemaman nih Free To Air TV servis macam lahanat... terpaksa guna ASTRO atau Unifi.... walaupun Menteri Komunikasi dan Multimedia aderlah Ahli Parlimen Kemaman... selagi tue la pada gua cakap mamat nih tak guna walau sesen pon... Hahahaha
Lantak la dier berbuih mulut.... Hahahaha...
Ini semua POYO....