Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 3, 2014

Alaa Ganii......Apa Sudah Jadi?

Panel SPRM pun dah complain
Kalau tak mampu......letak saja jawatan
Ramai lagi orang lebih bertanggung jawab boleh ganti!
Tapi selagi penguasa politik yang lantik......akan kadi 2 x 5 jugalah

Peguam Negara perlu jelaskan mengapa 2 bekas pegawai menteri tidak didakwa, kata panel SPRM
FEBRUARY 03, 2014
Pejabat Peguam Negara perlu memberikan penjelasan mengapa dua bekas pegawai kepada menteri kabinet tidak didakwa di mahkamah, walaupun telah diumumkan akan didakwa kerana salah laku oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusi panel penasihat konsultasi dan pencegahan rasuah SPRM, Datuk Johan Jaaffar berkata, mereka bimbang dengan spekulasi mengenai kejadian ini, kerana badan pencegah rasuah itu mengumumkan kepada media sebelum ini bahawa bekas pegawai itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
"Sebagai panel bebas, kami bimbang dengan perkembangan ini, kerana ia boleh menghasilkan spekulasi yang bukan-bukan di kalangan orang ramai, atau spekulasi bahawa ada campur tangan," kata Johan dalam satu kenyataannya kepada Bernama hari ini.
Katanya, panel itu sangat sedih dengan dengan spekulasi yang yang mengatakan ada campur tangan politik atau pendakwaan terpilih menyebabkan kelewatan ini, tetapi beliau yakin ia bukan yang sebenarnya."Panel ini merasakan, demi kepentingan ketelusan, Pejabat Peguam Negara perlu memberikan penjelasan kepada orang ramai," katanya.
Panel 11 anggota itu menentang sekeras-kerasnya campur tangan, politik atau pihak-pihak lain, dalam usaha SPRM memerangi rasuah, kerana ia akan menyebabkan keyakinan kepada SPRM dan Pejabat Peguam Negara terhakis, apatah lagi kepada kerajaan itu sendiri.
The Malaysian Insider hari ini melaporkan, spekulasi semakin memuncakmenyatakan wujud campur tangan politik atau pendakwaan terpilih yang menyebabkan tuduhan terhadap bekas setiausaha politik Umno lewat dijalankan selepas ditangkap Isnin lalu berikutan penyalahgunaan RM1.1 juta daripada tiga yayasan.
Sumber berkata, bekas setiausaha politik dan pengarah salah satu yayasan itu dikaitkan dengan siasatan kerana dikatakan menggunakan wang yayasan yang sepatutnya digunakan untuk membantu golongan miskin itu bagi kegunaan politik.
"Ia siasatan yang besar dan apa yang dilihat hanya di permukaan sahaja. Terdapat beberapa pihak dalam Umno yang tidak mahu kes ini dibawa ke mahkamah," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Beliau merujuk kepada kenyataan SPRM minggu lalu yang berkata mereka menahan dua lelaki, termasuk seorang bekas setiausaha politik dengan gelaran datuk, dan dijangka mendakwa mereka pada Selasa lalu.
Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, SPRM berkata terdapat kesilapan dan individu berkenaan akan didakwa pada tarikh yang belum ditentukan.
Kedua-duanya dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000. – Februari 3, 2014.

1 comment:

  1. tak kan tak kenal lagi perangai puak tu memang macam dari dulu kalau tak sebulu depa luku kalau sebulu depa malu malu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa