Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 3, 2014

Salahkan Orang Lain, Diri Sendiri Bergelumang Taik!

Rupanya kedua-dua makhluk antik ini punya sikap yang serupa
Galak menyalahkan orang lain
Diri sendiri berbau tengit tak perasan atau pura-pura lupa?
Selain dari masyarakat Melayu yang senang dilayukan.......
Pemimpin yang bincitkan perut sendiri dan menjadi pak turut tidak akan diterima masyarakat mereka
Melayu masih memeluk kaki UMNO walau pun ditipu berkali-kali dan dilempar taik!

Chua: Mahathir jadikan Umno kuat, BN lemah
6:54PM Feb 3, 2014
Bekas presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir menjadikan Umno semakin kuat, dan pada masa sama menjadikan sekutu Umno dalam BN "tidak berkuasa".

Menurutnya, kerusi parlimen Melayu bertambah sejak tiga pilihan raya umum lalu, dan ini mencetuskan kegusaran di kalangan masyarakat Cina.

"Orang Cina secara umumnya risau kerajaan Melayu yang terlalu kuat akan menceroboh status serta hak ekonomi dan politik mereka," kata Chua dalam kenyataannya hari ini.

"Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pelaksanaannya yang lemah membuatkan orang Cina lebih risau dan hilang keyakinan kepada kerajaan," katanya lagi.

Bekas menteri kesihatan itu turut menjelaskan yang sebarang keputusan Majlis Tertinggi Umno kini diguna pakai sebagai keputusan Kabinet sehingga menyebabkan kesan buruk ke atas sekutu Umno dalam BN.

"Saya pernah sebut dalam Konvensyen BN sebelum ini yang bagi orang ramai, Umno adalah taiko (abang besar) dan jika ia menjadi angkuh dan bersifat diktator, ia akan menyebabkan kesan buruk kepada parti-parti komponen," kata Chua. - sumber

2 comments:

  1. Tau pun. Apa lagi.....ajaklah MCA keluar BN

    ReplyDelete
  2. matde jadikan omno kuat. kuat apa
    kalau omno kuat pasai apa melayu jadi tak larat.kuat menyambar

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa