Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 7, 2014

Alwi Pulak Buat Lawak!

Alwi.....Alwi..... ko kata 'Teresa tak angkat telefon macam mana nak ugut'
Kalau ko pakai Whatsapp atau SMS kena angkat telefon dulu ker baru pesanan tu boleh masuk?
Jangan buat lawak bodohlah Alwi
Kalau ko beralasan macam tu kat makcik dok di Post Brook pun mereka akan ketawa!

Macam mana nak ugut, Teresa tak angkat telefon, kata Alwi
 | February 7, 2014
Teresa Kok ini telah memutar-belitkan cerita dengan menyatakan beliau mengugut dan mengancam beliau.
KOTA BHARU: Anggota Dewan Undangan Negeri Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad menafikan beliau mengugut ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok.
“Macam mana saya nak ugut beliau sedangkan bukan beliau yang menjawab panggilan tersebut dan saya hubungi beliau untuk mendapatkan penjelasan mengenai video yang dibuat dan telah menimbulkan kemarahan orang Melayu dan Islam,” katanya.
Beliau nak beritahu masyarakat bahawa Teresa Kok ini telah memutar-belitkan cerita dengan menyatakan beliau mengugut dan mengancam beliau.
Beliau berkata kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.
Beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, di sini berhubung dakwaan beliau memfitnah Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok.
Md Alwi berkata laporan polis itu untuk mempertahankan dirinya berhubung laporan polis oleh Anggota Parlimen Seputeh itu yang mendakwa beliau (Kok) telah diugut dan diancam melalui Khidmat Pesanan Ringkas dan Aplikasi Whatsapp.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Azham Othman mengesahkan menerima laporan daripada Md Alwi.

2 comments:

  1. Muka mangkuk yang otak letak kat lutut.

    ReplyDelete
  2. Tengok saja muka budak ni , ada nampak air muka bijak matang tak ????

    Takut belum sunat aje....

    Bebidak benggap suroh orang lain jadi benggap macam dia jugok.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa