Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 7, 2014

Ape Ker Benda Ni Pemuda PAS?

Aku nak katakan aku bukan penyokong Anwar
Cuma aku berpijak di alam realiti

Kenapa Ketua Pemuda PAS 'lebih sudu dari kuah'?
Sebelum ini di Kelantan ada PAS bincangkan di Majlis Tertinggi PR?
Di Pulau Pinang ada DAP bincang dengan Majlis Tertinggi PR
Begitu juga di Terengganu dan Kedah dahulu

Lagi satu aku dah mula terhakis kepercayaan kepada orang-orang PAS di dalam mentadbir negeri
Terengganu tumbang awal-awal lagi
Selepas tu Kedah terlepas
Perak dirampas
Sekarang ini Kelantan pula goncang setelah TGNA melepaskan jawatan

Pentadbiran Negeri Selangor lagilah mencabar
Jadi mana trek rekod PAS yang boleh diambil panduan?

Kenapa marahkan Anwar
Kalau pimpinan PKR setuju dan Sultan Selangor restu
Apa orang lain nak kata kecualilah Sultan bertegas mahu mana-mana individu yang baginda berkenan
Di Selangor rasanya keputusan terakhir di tangan Sultan

Published: Jumaat Februari 7, 2014 MYT 4:49:00 PM
Updated: Jumaat Februari 7, 2014 MYT 4:51:43 PM
MB Selangor Patut Diputuskan Oleh MT Pakatan Rakyat - Pemuda PAS
Suhaizan Kayat.
KUALA LUMPUR: Perkara mengenai menteri besar Selangor patut dibincang dan diputuskan oleh Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat, sebelum sesiapa mahu membayangkan dirinya menteri besar, kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat.
Beliau berkata, tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan dirinya mungkin menjadi menteri besar Selangor jika menang Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac depan, dilihat sebagai suatu yang tidak wajar.
(Malah) Tindakan Anwar itu dilihat seperti tidak menghormati menteri besar sedia ada, kata Suhaizan.
"Cuba bayangkan ketika ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawat jawatan Menteri Besar Selangor dan tiba-tiba ada pihak mengaku akan menjadi menteri besar Selangor (menggantikan Abdul Khalid).
"Ia seakan tidak enak didengar, biarlah Abdul Khalid menjadi Menteri Besar dan tidak perlu ada orang cakap mahu menggantikannya sehingga perkara itudibincang dan diputuskan secara bersama dalam Pakatan Rakyat," katanya ketikadihubungi Bernama di sini, Jumaat.
Dalam laporan media pada Jumaat Anwar dipetik sebagai berkata beliau mungkin akandilantik menteri besar Selangor menggantikan Abdul Khalid jika menang PRK kerusi DUN Kajang.
Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan secara mengejut Adundaripada PKR, Lee Chin Cheh pada 27 Januari sebelum Anwar diumumkan sebagai calonPRK kerusi DUN berkenaan sehari kemudian.
"Kita tunggu sahaja sehingga keputusan DUN Kajang nanti dan jika beliau (Anwar) menang, Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat akan bermesyuarat dan berbincang sebelum membuat sebarang keputusan," kata Suhaizan.
Beliau berkata, walaupun PAS sebelum ini berkeras menolak Anwar sebagai calon menteri besar Selangor menggantikan Abdul Khalid, namun parti itu terpaksa akan akur dengan sebarang keputusan yang diputuskan Majlis Tertinggi.
Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan Anwar itu.
Katanya, soal siapa menjadi menteri besar seharusnya tidak timbul kerana tumpuan sebenar ketika ini adalah untuk Pakatan Rakyat memenangani PRK DUN Kajang.
"PAS tidak mahu fikir siapa jadi menteri besar dan perkara itu biarlah diputuskan secara bersama dalam Pakatan Rakyat kerana tumpuan kita adalah PRK DUN Kajang," kata Tuan Ibrahim.
Sementara itu di KAJANG, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong berkata Anwar patut memberitahu pengundi PRK jika benar beliau akan menjadi menteri besar Selangor sebelum hari pengundian.
"Warga Kajang berhak untuk mengetahui perkara sebenar. Walaupun sudah beberapa kali Anwar memberi bayangan jawatan menteri besar untuknya...tetapi tidak pernah menyatakan secara berterus-terang.
"Rakyat Kajang juga perlu tahu sama ada Anwar wajar dipilih menjadi wakil rakyat yang bersedia untuk berkhidmat dan bukan untuk percaturan politik sendiri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan 'angpau' dan buah limau di Rumah Kebajikan Orang Tua Caring di Kajang.
Mah berkata, politik sebegini semata-mata atas kepentingan diri dan terus memperbodohkan rakyat.
"Tindakan wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi DUN Kajang pun telah bukan sahaja membebankan rakyat, tetapi juga membelot kepercayaan rakyat yang mengundinya dengan harapan untuk melihat pembangunan dalam jangka masa lima tahun," katanya. - sumber

4 comments:

  1. Dia nih dah sama paras sama level sama gaban mcm din ayam tontowi dan taraki nampaknyer bro

    ReplyDelete
  2. Melayu memang terkenal dengan sikap HASAD DENGKI , dan itu fakta dari sejak zaman Hang Tuah , dan Tun Toye dulu lagi.

    Ketua Pemuda PAS ini pun tidak juga terlepas dari sikap semulajadi PHD juga. Dari air muka nya , jelas menunjuk tiada tahap intektual yang boleh di bangga kan jika di banding Nik Nazmi jauh bagai Langit dengan Sungai jika di banding dengan Rafizi.

    PAS menang undi pun atas ehsan rakyat menolak apa apa calon BN UMNO. Itu hakikat yang perlu di terima PAS kerana apalah PAS tanpa TGNA.

    Sedih melihat seorang pemimpin PAS ber mentaliti kampong , lemah tiada bakal Bird Eye View dalam politik.

    Apakah Ketua Pemuda PAS ini bebudak UMNO di hati , kerana kemewahan dunia pun sukar di atasi tau.

    Mana sama duduk dalam S Class dengan Persona.....

    ReplyDelete
  3. Bdtul tu..Pas jangan nak jadi lipas pulak.

    ReplyDelete
  4. Menelek dari posting dan komen2 mengenai kenyataan2 yang dikeluarkan oleh Pemuda Pas berhubung PRK Kajang dan beberapa isu lain baik tempatan atau nasional, macam terdapat satu kelompok dalam PKR yang benci dan dengki terhadap parti islam yang telah wujud dan seusia umno itu. Kelompok2 ini masih mempunyai akidah umno yang amat tebal dalam diri mereka dan beranggapan bahawa Pas tidak boleh memberi reaksi atau mengeluarkan sebarang respon dalam apa jua yang menyentuh rakyat. Lihat saja dalam isu jawatan MB Selangor. Kelompok ini beranggapan bahawa jawatan tersebut adalah hak mutlak PKR tanpa menyedari bahawa yang memerintah Selangor adalah gabungan Pas, DAP dan PKR. Adakah mereka lupa yang kemelut ini tercetus kerana kegelojohan beberapa pemimpin2 PKR sendiri yang memberi kesan terhadap seluruh rakyat Selangor? Janganlah cuba memperkecilkan Pas yang sudah bersepak terajang dalam arena politik lebih separuh abad. Sedarlah dan ukorlah baju di badan sendiri sebelum nak kata sarban atau kopiah pemimpin2 Pas terbalik.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa