Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 8, 2014

Anggota polis maut kereta langgar pagar rumah

8 Februari 2014

KOTA BHARU - Seorang anggota polis terbunuh selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar tiang pagar sebuah rumah di Jalan Pengkalan Chepa di sini awal hari ini.
    
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baharu Supt Idris Abd Rafar berkata dalam kejadian kira-kira 1.50 pagi itu, Konstabel Mohamad Azim Zahiruddin, 22 yang menaiki kereta jenis Honda CRX dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Pengkalan Chepa.
    
"Allahyarham yang bertugas di Balai Polis Badang tercampak keluar daripada kenderaan dan maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini.
    
Idris berkata berkata jenazah Mohamad Azim akan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak. - SH

1 comment:

  1. Masya ALLAH !!!!

    Moga moga roh nya di tempat orang orang yang saleh.

    Al fatihah...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa