Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 5, 2014

Bertekak Kerana Mentah Dan Berlagak Hero?

Adakah ini saatnya untuk bertekak dan bergaduh?
Kalau dah orang nombor satu dan dua dalam hirarki parti telah setuju kenapa membantah?
Di mana sifat wala' yang dilaungkan selama ini?
Maaf cakap, bagi aku keduanya pihak (PKR dan PAS) ada yang lakukan kesilapan
Adakah selar menyelar ini membawa kebaikan dan keuntungan politik masing-masing?
Sepatutnya walau apa pun apa pun yang berlaku sahabat dan sekutu tetap kekal begitu.......di dalam apa jua keadaan

Pemuda PKR Johor selar Pemuda PAS, tiada mudarat jika Anwar MB

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
FEBRUARY 04, 2014
Kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur awal pagi tadi menerima reaksi kurang menyenangkan daripada Pemuda PKR Johor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Februari, 2014.

Sayap Pemuda PKR menyelar kenyataan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat kerana menolak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai menteri besar Selangor sekiranya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Ketua Pemuda PKR Johor Khairil Adanan menegaskan, parti itu tidak melihat sebarang kesalahan sekiranya Anwar menjadi menteri besar memandangkan ketua umum PKR itu adalah pemimpin besar bertaraf dunia.
"Penerangan yang dibuat tentang pengosongan kerusi tersebut sudah dilakukan dan sepatutnya pihak pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menyokong pendekatan strategi yang diperkenalkan PKR.
"Pemuda PKR Johor juga tidak nampak sekiranya Anwar diangkat menjadi menteri besar Selangor akan memudaratkan rakyat Selangor itu sendiri," katanya dalam satu kenyataan petang tadi.
Suhaizan ketika sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur awal hari ini berkata, PR seharusnya segera menghentikan polemik berkaitan kedudukan menteri besar baru kerana khuatir ia akan dipanjangkan sehingga melibatkan pihak istana Selangor.
"Pemuda PAS juga ingin menegaskan bahawa menyokong Anwar sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak bermakna Pemuda PAS bersetuju beliau menjadi menteri besar Selangor.
"Polemik Kajang ini tidak perlu mengheret PR membincangkan isu menteri besar yang baru, dan kita khuatir ia akan berlarutan terlalu panjang dan diheret ke peringkat istana," katanya pada sidang media itu.
Suhaizan bagaimanapun berkata, pihaknya kesal terhadap tindakan mengosongkan kerusi DUN Kajang yang dilaksanakan secara tergesa-gesa, membazir masa dan duit rakyat.
"Ia juga mendedahkan PR kepada risiko kemerosotan sokongan rakyat.
"Bagaimanapun kita menghormati muafakat PR yang memberi hak mengurus DUN kepada parti yang menang dalam pilihan raya lalu," katanya.
Khairil menegaskan, Suhaizan seharusnya tidak terpengaruh dengan propaganda pihak lawan yang sengaja melaga-lagakan mereka.
"Usah termakan dengan lontaran propaganda lawan yang sememangnya mahu PR bertelagah sesama sendiri pada ketika perpaduan dan kata sepakat amat diperlukan ketika ini bagi mempastikan kerusi DUN Kajang kekal milik PR," katanya.
"Bak kata pepatah Melayu, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan," katanya lagi.
Jelas beliau, Pemuda PKR Johor memberikan tanda aras majoriti yang perlu diperoleh Anwar mestilah mencecah sekurang-kurangnya 7000 undi.
Beliau bagaimanapun berkata, Pemuda PKR Johor menyambut baik kerjasama yang ditawarkan Pemuda PAS bagi memenangkan Anwar di kerusi berkenaan.
"Harapan kita kerjasama yang bakal terjalin akan membuatkan kita Pemuda PR lebih kenal asas perjuangan walaupun terdapat sedikit berbeza pendapat. – 4 Febuari, 2014.

1 comment:

  1. Salah faham maksud sebenar Suhaizan, bincang baik2 bukan menunjukkan kegopohan kpd perkara yg belum pasti.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa