Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 5, 2014

Hee...Hee....'Mat Blur'?

Manusia blur kerja apa yang dia boleh buat?Apa nak jadi dengan Kedah?Arwah dulu dikatakan keras kepala
Yang ini blurlah pulak!


Mahfuz: PAS tak gentar ugutan ‘Mat Blur’
 | February 4, 2014
Datuk Mukhriz Mahathir akan membuka fail lama termasuk projek pembalakan di Pedu dan pembinaan kampus kolej universiti Insaniah (Kuin).
KUALA LUMPUR: PAS tidak gentar dengan ugutan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mahu mendedahkan penyelewengan PAS semasa mentadbir negeri itu sebelum ini.
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, parti itu tiada niat untuk menyembunyikan sebarang salah laku pemimpin PAS semasa mentadbir Kedah semasa tempoh 2008 hingga 2013.
“Saya persilakan Mukhriz untuk membongkar segala apa yang dimaksudkan jika wujud sebarang penyelewengan yang berlaku di zaman kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat,” katanya dalam sidang media di pejabat agung PAS di sini hari ini.
Mukhriz dipetik laporan Utusan Malaysia minggu lalu berkata, pihaknya akan membuka fail lama termasuk projek bermasalah di negeri itu termasuk projek pembalakan di Pedu dan isu pembinaan kampus kolej universiti Insaniah (Kuin).
“Sudah tiba masanya kita pertimbangkan untuk buka fail lama mengenai Pedu dan Kuin, banyak sebenarnya yang berlaku sepanjang mereka (PAS Kedah) mentadbir. Saya ingat dulu kita tidak perlu buka fail lama.
“Tetapi kalau mereka hendak tunjuk kononnya mereka bersih kita kotor, kita boleh tunjukkan bukti dengan mudah bahawa sepanjang lima tahun lalu banyak penyelewengan berlaku,” kata Mukhriz.
Mahfuz berkata, walaupun mengakui Barisan Nasional (BN) mempunyai kuasa penuh menyiasat kes-kes tersebut, tetapi perkara itu tidak akan menghalang PAS daripada terus mendedahkan salah laku pentadbiran Mukhriz yang digelarnya sebagai ‘Mat Blur’.
`Tak boleh ugut PAS’
“Mereka boleh siasat tapi tak boleh ugut PAS persoalkan segala kepincangan dan salah laku dan beliau harus jawab apa yang berlaku mengenai hal-hal semasa.
“Antaranya isu pembelian kereta, pemindahan Kuin yang semakin sekarang belum dijawab,” katanya.
Menurut Mahfuz, cara Mukhriz ini seperti mengulangi zaman pemerintahan diktator bapanya Tun Dr Mahathir Mohammad ‘mendiamkan’ pegawai kerajaan semasa menjadi pemimpin dahulu.
Pesuruhjaya PAS Kedah itu berkata, beliau bimbang perbuatan sama akan berulang apabila pegawai kerajaan diugut daripada bersikap telus dan terus membiarkan penyelewengan berlaku.
“Kalau ada yang tak bersetuju dengan Mukhriz mereka tak akan berani tegur Mukhriz kerana bimbang fail-fail mereka akan dibuka.
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  harus masuk buat siasatan yang mungkin berlakunya penyelewengan,” katanya.
Sementara itu, beliau turut mempersoalkan tindakan Peguam Negara (AG) yang lambat mengemukakan pendakwaan terhadap bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang melakukan penyelewengan program 1Azam.
Pecah amanah
Bekas Setiausaha Politik dan seorang pengarah sebuah yayasan itu dilaporkan sepatutnya didakwa di bawah Kanun Keseksaan pada 29 Januari atas tuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM1.1 juta dan satu lagi tuduhan menipu membabitkan RM1 juta.
Bagaimanapun mereka dilaporkan telah diikat jamin sebanyak RM50,000 pada 27 Januari lalu.
“Saya hairan kenapa sehingga sekarang belum ada pendakwaan dilakukan AG terhadap bekas Setiausaha Politik kepada seorang menteri sebelum ini walaupun ia telah pun disiasat oleh SPRM.
“Laporan media jelas mengatakan akan ada pendakwaan, tetapi sehingga sekarang kita tidak melihat ada pendakwaan dilakukan di mana-mana mahkamah.
“Kita tidak mahu perkara ini diam begitu sahaja, kita berharap pendakwaan dilakukan dengan segera dan Peguam Negara perlu tegas dalam hal sedemikian,” katanya.
Sebelum ini, pengerusi panel penasihat perundingan dan pencegahan rasuah SPRM Datuk Johan Jaaffar dilaporkan bimbang mengenai spekulasi kes tersebut yang sehingga sekarang belum ada pendakwaan dilakukan.
Johan dalam kenyataannya menegaskan Jabatan Peguam Negara perlu memberi penjelasan berhubung kes tersebut agar ia dapat meredakan spekulasi mengatakan ada campur tangan politik atau pendakwaan terpilih.

1 comment:

  1. Sejak bila MB dimaksudkan Mat Blur? Bukan MB tu maksudnya M----- Botak ke?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa