Tak tahulah Pemuda MCA betul-betul ikhlas menegur Zahid
Atau mengambil kesempatan menonjolkan diri menjadi juara Cina di atas keceluparan dan kegelojohan Zahid
Ko bacalah betapa berhemahnya ayat ini 'dengan rasa rendah diri, Eric berharap Zahid tidak lagi membuat kenyataan yang boleh mempengaruhi kes itu sebaliknya membiarkan undang-undang dan prosedur menentukannya'
Kata-kata Zahid di dalam isu ini seolah dirinya PDRM merangkap AG?
Tampar Teresa: Pemuda MCA kecewa kenyataan Zahid
Biro Undang-undang Pemuda MCA meluahkan rasa kecewa berhubung kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung tawaran ganjaran menampar Ahli Parlimen Seputeh berhubung Video Tahun Baru Cina tidak menjamin siasatan dijalankan.
Dalam kenyataannya hari ini, Ketua Bironya Eric Choo berkata bukan kuasa Zahid atau polis memutuskan sama ada mereka yang menawarkan ganjaran itu telah melakukan satu kesalahan atau tidak.
Eric berkata menteri dalam negeri sepatutnya mengingatkan bahawa tugas dan tanggungjawab polis hanya menyiasat dan kemudian keputusan serta tugas mendakwa terletak kepada peguam negara.
Sehubungan itu, dengan rasa rendah diri, Eric berharap Zahid tidak lagi membuat kenyataan yang boleh mempengaruhi kes itu sebaliknya membiarkan undang-undang dan prosedur menentukannya.
Semalam, Zahid dilaporkan berkata tawaran ganjaran wang kepada sesiapa yang pertama menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bukan satu ancaman, maka "tiada apa yang perlu disiasat kerana ia bukan satu ancaman".
Berkaitan: Zahid Perlukan Tutorial Tentang Kanun Keseksaan - Teresa Kok
Assalamulaikum tuan..
ReplyDeleteBlog Addin gagal diselamatkan kerana masalah error di html.
Oleh itu, sy telah membuat blog baru di alamat http://addindeen.blogspot.com
Mohon letak link blog baru sy di blog tuan, blog tuan sy telah linkkan
Terima kasih atas kerjasama.
Addin
Zahid nampak muka macam sangat angkoh saja kenapa yea.....
ReplyDeleteTak baik angkoh , Allah SWT tak suka.
Menongkat Langit tak guna , kain kapan putih bukan nya mahal boleh bergaya.
Melayu Melayu kampong asal nya tak ada muka angkoh bongkak kan ?
W'salam Deen Addin
ReplyDeleteAlhamdulillah....saya dah tunaikan hajat saudara
Anon 11:22 PM
ReplyDeleteZahid bekas pelajar sekolah agama. Maknanya dia ada asas agama, jadi mungkin Allah nak mengujinya dengan kuasa dan habuan dunia!