Berita Ibu bapa mereka: Pasangan Malaysia Di Sweden Didakwa Esok
Empat beradik anak pasangan yang ditahan di Sweden, mula bersekolah
Empat beradik anak pasangan warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden, hari ini memulakan sesi persekolahan selepas dibawa pulang ke negara ini 2 Februari lepas.
Empat beradik itu, Aishah Azizul Raheem, 14, Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, hari ini mula bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala dan Sekolah Kebangsaan Padang Kala yang terletak berhampiran rumah mereka di Kampung Wakaf Tok Wali.
Aishah ditempatkan di kelas Tingkatan 3 Mulia, dan Ammar di Tingkatan 1 Mulia sekolah menengah itu, manakala Adam di kelas Tahun 6 Rajin dan Arif di Tahun 2.
Keempat-empat mereka sebelum itu dikumpulkan bersama terlebih dahulu di dewan sekolah menengah tersebut yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussain Awang.Kedua-dua sekolah itu terletak bersebelahan.
Aishah dan Ammar kemudiannya menerima buku teks yang diserahkan Hussain.
Selepas itu Adam dan Arif yang dihantar ke sekolah kebangsaan.
Aishah yang ditemui sebelum memasuki kelasnya berkata dia dan adik-adiknya sangat gembira untuk bersekolah walaupun khuatir sukar untuk menyesuaikan diri.
"Kami adik beradik bangun pukul 6 pagi dan rasa gembira dan bersemangat untuk ke sekolah hari ini walaupun saya rasa khuatir pada mulanya.
"Tetapi bila hadir ke sekolah dan lihat ramai pelajar perasaan gementar hilang dan berharap dapat sokongan rakan-rakan bagi kami dapat menyesuaikan diri di sini," katanya.
Sebelum itu, Hussain, ketika berucap di hadapan pelajar sekolah menengah itu berharap semua pelajar dapat membantu keempat-empat beradik itu untuk menyesuaikan diri di sekolah.
Hussain berkata ia penting agar mereka berasa gembira dan dapat belajar dengan baik di sekolah masing-masing.
Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Kala Abdul Aziz Salleh berkata pihak sekolah telah melantik seorang guru penyelaras dan dua guru sebagai guru pendamping kepada Adam dan Alif.
"Guru penyelaras itu akan memantau keadaan dua pelajar itu dari segi perkembangan bahasa dan komunikasi dengan rakan-rakan di sekolah ini manakala dua guru pendamping itu merupakan guru kaunselor yang boleh membantu mereka nanti," katanya.
Beliau berkata pihak sekolah juga akan mengadakan kelas tambahan Bahasa Melayu bagi membolehkan Adam dan Alif dapat menguasai bahasa itu dengan cepat.
Bapa saudara kanak-kanak tersebut Badrul Hisham Mahzan, 55, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu sehingga anak-anak saudaranya itu dapat meneruskan persekolahan masing-masing.
"Saya ucapkan terima kasih dan berharap semua rakyat dapat berdoa agar anak-anak ini dapat kembali bersama-sama ibu bapa mereka," katanya.
Beliau berkata semua gambar dan keratan akhbar mengenai empat beradik itu telah diserahkan kepada peguam bela untuk dihantar kepada ibu bapa mereka di Sweden.
"Ibu bapa mereka sangat gembira apabila melihat keratan akhbar dan gambar tersebut," katanya.
Azizul Raheem Awalludin adalah pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan isterinya Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman sejak 18 Disember lepas kerana didakwa memukul tangan seorang anak lelaki mereka kerana tidak solat. – Bernama, 9 Februari, 2014
Bhai MountDweller...
ReplyDeleteMelayu yang tidak mengagungkan bahasa ibunda... Pada gua ini salah ibubapa... Takkan la kat rumah sendiri pon nak berbahasa asing....
Pening dan pelik...
itu la kut yang duk keriau melayu melayu tapi hati lagi suka bahasa penjajah
ReplyDeleteIstimewanya mereka dilayan.
ReplyDeleteBanyak ada macam ini lah , Melayu anak orang kaya kaya pun tak cakap bahasa jawa jauh lagi bahasa melayu....
ReplyDeleteTidak perlu ter peranjat....
Melayu Bangsa-wan cakap bahasa you-and-i saja tau...
Lain2 bangsa bangga dengan budaya dan bahasa masing2. Sepatutnya kita lebih mencintai dan bangga dengan bahasa dan budaya kita sendiri krn kita adalah bangsa terpilih dan disayangi Allah SWT. Cuba fikir dan renungkan kenapa saya kata bahawa kita adalah bangsa yang terpilih dan disayangi Allah SWT.
ReplyDeleteteringat iklan Adibah Noor, baru duduk 2 minggu di Landon dah tak pandai cakap Bahasa Melayu. Berapa lama bebudak ni kat luar negara, ke lahir kat sana?? Ore kelate rupanye...selalunya berpegang kuat pada semangat Kelantan.
ReplyDeleteAsr. C++
ReplyDeleteDah tenggelam di dalam lumpur eropah!
Memang bukan salah anak-anak tapi sebab kealpaan ibu bapa
Anon 4:46 PM
ReplyDeleteEntah apa istimewanya mereka.....anak orang lain bagaimana?
Anon 11:14 PM
ReplyDeleteBukan bangsawan tapi bangsawang!
Anon 11:14 PM
ReplyDeleteCina di Amarika pun masih berbahasa ibunda mereka ketika di rumah. Melayu terus hilang budaya dan bahasa
Miss Teri
ReplyDeleteMereka telah terlupa budu sebab selalu makan mentega!
Saya cukup respek kat 'lepat' dia ajaq anak dia cakap melayu penang walupun duk dijerman,walaupun dia ajaq pangge hang aku ja,tapi hakikatnya dia,walaupun tegok rambut dia jenih tak leh mandi dia tak buang teruih bahasa melayu.saya tegok lam youtube.
ReplyDelete